Hari ini saya masakkan mushrrom and chicken quiche lagi untuk kuih sampingan dalam majlis hi tea. Dah dua kali saya buat quiche yang resepinya di beri oleh rakan fb saya, TeeaRa Yatie dan dah dua kali juga saya membuat posting dalam blog Azie Kitchen. Kali ini, kita layan layan jamu mata jer ya. Kalau nak tengok juga resepinya, boleh tengok di SINI. Atau ada juga kat bawahhhh....
Mudah sangat untuk membuat quiche ni dan jika dibeli harganya agak mahal. Apa kata kita sama sama membuat sendiri untuk hidangan anak anak dan dapat menjimatkan ekonomi keluarga. yeah.
Cara cara membuatnya mudah sekali. Ini jer bahan bahan yang diperlukan.
Tumis
bawang putih, ayam, chicken fillet, mushroom dan lain lain sayuran
menggunakan olive oil. Masukkan herbs dan garam. Siap lah filling
untuk quiche. Mudah kan?
Pastri
boleh dibuat awal awal dan simpan dalam peti sejuk. Tapi lagi best
kalau buat dan terus bakar, tapi leceh nak mencanai dan membasuh
peralatan tu. Tapi jangan tak tahu, quiche juga boleh dibuat tanpa kulit
atau pastri. Saya belum lah pernah mencubanya lagi. Insya Allah,
kalau mood M dah datang, boleh lah buat crustless quiche. Nak tengok
camne saya buat pastri, boleh lah layan gambar gambar di bawah ni ...
Pastri
dah siap, bahan bahan dalam nya pun dah siap, jadi apa lagi, teruslah
penyediaan untuk membakar. Yang ini lagi mudah, tinggal tuangkan semua
sekali. Masukkan filling, whipped cream dan last taburkan cheese. Ikut
lah berapa banyak yang disukai, lagi banyak lagi sedap.
Ini
proses yang paling best, proses menghidang dan menikmati quiche
terutama bila makan panas panas secara beramai ramai, memang syok sekali
...
Hope you enjoy my posting on mushroom and chicken quiche. taa daa ..
RESEPINYA ADA JUGA KAT SINIIII.......
RESEPINYA ADA JUGA KAT SINIIII.......
Chicken and Mushroom Quiche
Bhn A:
200 gm tepung gandum
1ts salt
Mixed herbs
Bhn B
110 gm cold butter-kiubkan
1 egg yolk
1/4 tbs lemon juice
50 ml air sejuk (dimasuk berselang seli)
Campurkan bahan bahan hingga sebati dan tuangkan ke dalam bahan A.
Diuli
sampai jadi doh dan rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk. Selepas
itu, terapkan dalam pie mould yg boleh dikeluarkan plate dari bawah dan
cucukkan tepung dengan garpu dan blind bake selama 15 minit.
Bhn C
Chopped garlic
2 tbs olive oil
Capsicum
Celeries
Button mushroom hiris nipis nipis
Onion - potong kiub
Minced chicken
Chicken fillet green peppercorn
Garam
Mixed herbs
Sauté
garlic, masukkan chicken fillet, goreng sekejap sebelum dimasukkan
kesemua campuran sayuran. Masukkan garam dan sedikit mixed herbs.
Ketepikan.
Bhn D
250 gm whipped cream
Coarse black pepper
4 biji telur
Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
Selepas
doh di bind bake selama 10 minit, masukkan filling sayuran tadi dan
akhir sekali masukkan cream. Taburkan cheddar cheese yang diparut dan
bakar selama 35 minit pada suhu 170C
Sumber: Azie Kitchen
http://aziejaya.blogspot.com/2012/01/quiche-untuk-hi-tea.html
*** Blind Bake - Bakar pastry yang telah di terap dalam dulang selama 10 minit
atau cukup masak sebelum inti diisi kedalamnya untuk mengelak-
kan pasti menjadi lembut dan bocor.
atau cukup masak sebelum inti diisi kedalamnya untuk mengelak-
kan pasti menjadi lembut dan bocor.
No comments:
Post a Comment