Wednesday, January 28, 2015

KUIH MANGKUK KASTARD PULUT HITAM








 SUMBER: CITARASAWAN
http://citarasawan.blogspot.com/2015/01/kuih-mangkuk-kastard-pulut-hitam.html

 
DOH KULIT

1/2 cawan tepung pulut hitam
1/2 cawan tepung pulut putih
1/2 cawan santan
1/2 st garam


INTI KASTARD

1bj telur A
1 1/2 sb tepung gandum
1/2 sb tepung kastard
2 sb gula pasir
1 cwn santan sederhana pekat
1/4 st garam
sedikit pewarna kuning


CARANYA

1. Satukan bahan kulit, adun seperti kuih buah melaka.
2. Ambil doh, tekan dlm acuan seperti kulit tart. Trim bahagian atas. Kulit jangan terlalu tebal, buat nipis sedikit supaya tak liat. ( seperti gambar di atas)
3. Satukan bahan kastard, masak hingga naik wap.
4. Tuang dalam doh tadi.
5. Panaskan kukusan dan kukus selama 20 - 25 minit dgn api sederhana.
6. Sejukkan dulu baru keluarkan kuih dari acuan.
 

 





































Tuesday, January 27, 2015

PUDING BISKUT KRAKER





BAHANNYA:
    • 6 biji telur
    • 3/4 cawan gula
    • 1 tin susu cair
    • 1 cwn air
    • 12 - 16 keping biskut cream cracker (saya guna biskut cap ping pong yang bersaiz empat segi)
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 4 sudu gula pasir (dijadikan gula hangus di dalam loyang)

CARANYA:-
  1. Pukul gula dan telur hingga kembang. (Saya blender aje..)
  2. Masukkan vanila, susu cair dan air . Pukul sebati.
  3. Patah-patahkan biskut dan masukkan dalam adunan. (Bahagian ini saya blender kesemua biskut tersebut)
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus.
  5. Kukus hingga beku dan masak. Sejukkan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Sedap juga jika ditabur kismis, nenas atau peach.

Sunday, January 25, 2015

AYAM SOS HITAM MANIS






Bahan-bahan:

1.5 kg ayam
1 sdt garam
1 sdt serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk menggoreng ayam
1/2 cawan kicap
85 gm kismis hitam
1 cawan air asam jawa
gula secukupnya
2 helai daun pandan
sedikit nenas didadu
2 sudu besar daun ketumbar cincang

Bahan kisar:

15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2.5 cm lengkuas

Cara:

1. Masukkan bahan-bahan kisar kedalam blender, dan blend kan sehingga halus.
2. Letakkan garam serta kunyit ke dalam ayam dan goreng sehingga perang warnanya.
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar serta kismis tadi sehingga wangi. Masukkan kicap pekat, air asam jawa, gula dan daun pandan. Perasakan garam dan masak sehingga pekat.
4. Masukkan ayam goreng dan nenas. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Masukkan daun ketumbar. Hidangkan bersama nasi panas.

Sunday, January 4, 2015

SELAMAT TINGGAL 2014








Goodbye 2014.....Selamat tinggal 2014...Au revoir 2014.......

Tahun 2014 merakamkan suka duka yang mungkin ada yang membawa bahagia dan tidak kurang mencatat sejuta kisah lara. Bagi rakyat Malaysia, tahun 2014 banyak mengundang kedukaan, kesedihan dan kepedihan dengan kehilangan orang-orang yang tersayang, pembunuhan dan penderaan

Tiada siapa mahu kejadian-kejadian ini berlaku.  Semuanya kehendak Allah

Dia tidak menguji kita di luar kemampuan melainkan kita sememangnya ada kekuatan untuk menanganinya.




Januari - Penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu

Februari - Beberapa negeri terutama Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan terbabit dengan
                 kerosakan tanaman akibat penurunan paras air di sungai-sungai utama. Di Kelantan
                 lebih 100 hektar tanaman padi musnah apabila paras air Sungai Kelantan turun mendadak.

Mac - 8 Mac -Kehilang MH370


Jun - Jerebu dimana13 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat
         terutamanya di kawasan Selangor seperti di Banting, Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang.
         Beberapa kawasan lain turut mempunyai bacaan indeks pencemaran udara tidak sihat
         termasuklah di Putrajaya, Nilai di Negeri Sembilan dan juga Bukit Rambai di Melaka.



Julai - 17 Julai - MH 17 ditembak jatuh di Donetsk, di timur Ukraine


Oktober - Seorang aktivist social beragama Islam melancarkan Kempen I Want To Touch A Dog



Disember - Banjir besar di negeri-negeri  Pantai Timur dan Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas

KEK LAPIS CHEESE








Bahan A:

2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g
500 ml susu segar,dipanaskan
Bahan B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus


Caranya :

Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup
Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

 selamat mencuba!

PUDING BALQIS







Bahan-bahan ( 5 - 6 org makan )
1 paket agar2 serbuk (10gm)
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin/butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2



Cara-cara Penyediaan:
1. Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan marjerin dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
2. Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
3. Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td. Kacau hingga sebati.
4. Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
5. Sendukkan adunan puding kedalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis.
6. Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA











AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
Bahan-bahan
10g serbuk agar-agar
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150 ml air
120ml air campur 1 paket santan serbuk
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara
Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api
kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan
kacau terus hingga mendidih
Tuang kedalam acuan yang anda suka
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

Friday, January 2, 2015

HAPPY BIRTHDAY TO ME











Today I celebrate ME! The birth of Me! The person I have grown to be! The person I will become! The mother, sister, daughter, friend, girlfriend, employee; I am! and the grandmother I will be someday! I celebrate Me today!

I am grateful to Allah swt for the gift of life, I am void without HIM. Also thankful to my earthly parents for nurturing me into the graceful, lovely, and great woman I am today.

Happy birthday to Me! I wish myself many more years of joy, love, laughter, health and prosperity. I wish myself strength and wisdom for days to come and success with everything I do today, and tomorrow!

Here’s a drink to ME!

 COFFEE