Assalamualaikum.......
Alhamdulillah
berkesempatan juga saya menulis sedikit info untuk perkongsian kita
bersama, pada petang ini saya ingin berkongsi sedikit tips yang sangat
mudah untuk kita amalkan bagi mengekalkan kualiti rempah dan herba
walaupun telah di simpan lama...
Tips menyimpan rempah dan herba ialah kita perlu mentimpannya di tempat yanggelap dan sejuk.
Hal ini kerana kelembapan, cahaya, dan haba akan menghilangkan kualiti
rasa pada rempah dan herba. oleh itu, kita boleh jarakkannya dari dapur
untuk mengekalkan kesegaran.
Selalunya,
herba dan rempah dalam bentuk serbuk boleh bertahan lebih lama iaitu
selama setahun berbanding herba dan rempah yang belum diproses. Sebelum
digunakan, rempah selalunya dihancurkan dengan mesin atau lesung. Untuk
menguatkan rasanya, sebelum dihancurkan, bakar sedikit rempah di dalam kuali tanpa minyak, tetapi jangan sampai hangus.
Tahukah
anda, menyimpan herba dan rempah di dalam peti sejuk adalah tidak
digalakkan kerana keadaannya yang lembab. namun sekiranya ingin
menyimpannya didalam peti sejuk, pastikan letakkannya di dalam bekas
kedap udara, dan biarkan di dalam peti ais.
Selain itu, cara menggunakan rempah dengan cara yang betul ialah gunakan rempah dan herba dengan kadar yang sederhana.
Hal ini kerana, tujuan kita menggunakan rempah adalah untuk menambah
rasa masakan tetapi bukan merosakkan rasa aslinya. Oleh itu, untuk
masakan yang perlu dimasak lama, selalunya herba dan rempah dimasukkan kurang dari 1 jam sebelum dihidang. Rempah tidak boleh dimasak dengan lama untuk mengelakkan rasanya menjadi kuat.
********************************************
CiK Rempah Dan Puan Herba
Rempah ialah bahan perisa makanan yg terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dan lain-lain. Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bacteria. Kebanyakan bahan ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik, pewangi atau dimakan sebagai sayuran.
Herba pula adalah tumbuh-tumbuhan
yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya.
Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan.
Ia juga dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk
halus.,Perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok
dan bahagain lain tumbuhan herba.
**********************************************
JeNis-JeNis Rampah
Nama tempatan: Buah pala
Nama saintifiknya Myristica fragrans
Famili myristicaceae.
|
Buah Pala |
Berasal dari kepulauan Maluku , jajahan Indonesia.Kandungan
zat buah pala adalah zat kalium,kalsium,fosforus,lemak,protein dan
karbohidrat Baik untuk kekuatan minda,sakit kepala,masalah bau
mulut,gatal-gatal dan menghilangkan jeragat .Buah pala juga dijadikan
sebagai salah satu bahan dalam pembuatan minyak gosok dan balm.Ia baik
untuk kegunaan luar seperti sakit kepala dan sakit perut.
************************************
|
Pokok Serai |
|
Batang Serai |
Nama tempatan : Serai
Nama saintifik : Cymbopogen citratus)
Berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia. Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut. Batang serai dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan.
************************************
|
Cekur Manis |
NamaTempatan : CekurManis
Nama Saintifik : sauropus androgynus
Nama Lain : Taruk manis,asin-Famili
Lokasi dijumpai : Asean
Buahnya
berwarna putih ketika muda dan akan berubah menjadi merah samar atau
coklat ketika matang.Daunnya yang masih muda sedap dijadikan sayuran
seperti dijadikan masak lemak, sup dan digoreng bersama udang kering.
Pucuknya yang masih muda begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan
asparagus.Selain dari dijadikan sayuran ia juga boleh dijadikan pewarna
makanan sama seperti daun pandan dan warna yang dihasilkan oleh daun
cekur manis lebih gelap dari warna yang dihasilkan oleh daun pandan. Ia
juga selalu dicampur dengan perahan daun pandan untuk mendapatkan warna
yang lebih gelap. Daunnya mengandungi banyak provitamin A
karetinoid,terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar.Ia juga
mengandungi vitamin B, C protein dan mineral. Cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu.
************************************
|
Daun halba |
|
Halba |
Nama tempatan : Daun halba
Bahasa Inggeris: Fenugreek Leaves
Nama Saintifik : Trigonella foenum-graecum
Daun
halba muda boleh dimakan seperti ulam. Samada daun kering atau segar,
ia digunakan untuk menambah perisa masakan. Daun kering (juga dipanggil
Kasuti Methi) mempunyai rasa yang sedikit pahit dan berbau kuat. Daun
halba mempunyai diet serat yang baik dan kaya dengan Vitamin C dan
Vitamin K. 100 gram daun halba hanya mengandungi 49 kalori dan ia senang
dihadam oleh tubuh manusia
************************************
Thyme
Nama tempatan : Thyme
Nama Saintifik: Thymus vulgaris
Thyme
sesuai dengan daging kambing, daging lembu, ayam, ikan, sosej, stok,
roti, mentega, mayonis, cuka, mustard, dan kekacang. Thyme segar lebih
berperisa tetapi hanya mampu bertahan selama seminggu. Walaupun
berperisa, Thyme kering adalah lebih mudah disimpan, dan ia mempunyai
sumber zat besi yang baik.
************************************
Nama tempatan : Kulit kayu manis
Nama Saintifik : cinnamomum zeylanicum
Nama-nama lain : cinnamon, ceylon cinnamon, gui, gui zhi(china), cassia , sweet wood
Digunakan secara meluas
dalam masakan. Minyak pati/sari dari kulit kayu manis mengandungi 2
jenis fenilpropanoid iaitu cinnamaldehyd dan eugenol.minyak pati ini
banyak digunakan dalam perubatan aroma.Kesan pengurangan gula ini juga
boleh dicapai dengan merendam sepotong kulit kayu manis ke dalam
sebarang minuman terutamanya teh. Kegunaan lain kayu manis dalam
perubatan ialah seperti melawaskan pembuangan najis, penawar cirit
birit(membunuh bakteria e choli) dan penahan sakit. Ia juga merupakan
anti bakteria semula jadi yang dapat mencegah pembentukan plak gigi dan
kerosakan gigi.
************************************
|
Lada Hitam |
Nama tempatan : Lada Hitam
Nama Saintifik: Piper nigrum
Nama-nama lain: lada, biji lada, lada bena, Pepper, hu jiou, black peppercorn, mulagu, merica(indonesia),Fu lful, filfil
Asal: Lada hitam berasal dari Malabar , India. Lada hitam dihasilkan
dengan cara menjemur dan mengeringkan buahnya yang belum masak diatas
api hingga kulitnya berubah menjadi hitam.Digunakan untuk meredakan
sakit perut,loya, demam, sakit sendi, sakit kepala dan untuk membuang
angin dalam badan.Ia juga digunakan untuk meredakan kembung perut bayi.
cirit-birit dan kencing tidak lawas.
************************************
|
Lada Putih |
Nama tempatan : lada putih
Nama Saintifik: Piper nigrum Asal: Malabar , India dan dibawa ke Asia
Lada putih dihasilkan
dengan memetik buah yang hampir masa, ia kemudiannya direndam untuk
memudahkan proses pengupasan. Pengupasan dilakukan dengan menggosoknya,
setelah itu ia dijemur hingga benar-benar kering.Digunakan secara meluas
dalam masakan, sos barbeku, bahan utuk memerap daging atau ayam untuk
dijadikan steak.
************************************
|
Jintan Manis |
Nama tempatan : Jintan Manis
Nama sainstifik: Pimpinella anisum.
Digunakan
dalam masakan berempah.Khasiatnya ia dapat melegakan kesakitan dalam
badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang
gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu
di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata. Meminum jintan manis
boleh menghilang lemak.
************************************
|
Bunga Lawang |
Nama tempatan : Bunga lawang
Nama Saintifik: Illicium verum Hooker fil.
Nama-nama lain: Star anise; Cina: Ba Jiao, Pak kok, Baat gok; Hindi: Badayan, Anasphal
Asal: Diperkenalkan di Eropah pada awal kurun ke 17.Rupanya seakan
bintang dan berbau kuat. bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang
mempunyai lapan kelopak. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap
dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang dijadikan rempah untuk
menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga
cengkih.Untuk kegunaan perubatan pula di digunakan untuk mengubati colic
(angin) dan rheumatik (sakit sendi).Ia juga biasa dijadikan perasa
untuk pelbagai jenis teh.Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat
batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi
ibu mengandung.
************************************
|
Biji Ketumbar |
Nama tempatan : Ketumbar
Nama Saintifik :coriandrum sativum
Nama-nama lain : Coriander, Chinese Parsley, Indian Parsley (herb ); Cina: Yan Shi,
Family : parsli.
Asal:
India.Ketumbar adalah biji buah pokok ketumbar. Digunakan untuk
menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Buah dan daunya
mempunyai aroma pedas dan sedap. Selain itu, ketumbar juga menambahkan
rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan
sebagainya.
************************************
|
Buah Keras |
Nama tempatan : Buah keras
Nama Saintifik : Aleurites moluccana.
Famili : Euphorbiaceae.
Nama-nama lain : Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree
Buah
keras juga dipanggang dan dicampurkan dengan pes bergaram untuk menjadi
perasa yang dikenali sebagai inamona. Berfungsi memekatkan kuah.
Isirungnya boleh digunakan sebagai ubat julap. kulit batangnya
dipergunakan untuk merawat cirit-birit dan disentri. Isirung yang
dijadikan pulpa atau daun-daun yang direbus digunakan di Malaysia
sebagai tuam untuk merawat sakit kepala, demam, ulser, sendi bengkak,
dan gonorea.
************************************
|
Buah Pelaga |
Nama tempatan : Pelaga
Nama Saintifik : Elettaria cardamomum
Nama-nama lain : Inggeris: Cardamon;
Asal daripada India.Digunakan untuk masakan, orang India dan Arab suka mencampurkannya dalam minuman teh dan kopi.
************************************
|
Pokok Pandan |
Nama tempatan : Pandan
Daun
pandan direndam dalam santan, yang kemudiannya ditambah dalam masakan.
Ia memiliki bau botani berkacang yang meningkatkan perisa masakan Asia,
terutama hidangan nasi dan kuih. Daun ini juga digunakan sebagai perasa
bagi pencuci mulut seperti kek pandan dan rasa sirap.
************************************
|
Daun Kaduk |
Nama tempatan : Kaduk
Nama Saintifik : Piper sarmentosum roxb
Famili : Piperaceae
Nama lain : Sirih duduk
Lokasi dijumpai: Di
kawasan yang agak lembab digunakan sebagai perisa dalam masakan seperti
masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap
dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan Air yang
direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula
mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya.
************************************
|
Pokok Terung Pipit |
Nama tempatan : Terung Pipit
Nama saintifik : Solanum tarvum.
Terung ini adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan Malaysia.
khasiatnya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan
kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula
dapat mengubati retak kulit pada kaki.
************************************
|
Daun Oregano |
|
Oregano |
Nama tempatan : Oregano
Nama Saintifik : Origanum vulgare
Famili :Lamiaceae
Oregano
lebih banyak digunakan secara kering. Oregano kering selalunya lebih
berperisa dari yang segar. Rasanya yang berempah, disesuaikan dengan
ketumbar, dan sering digandingkan dengan jintan putih.digunakan dengan
tomato, dengan sayur goreng, dan daging bakar. Bersama daun selaseh, ia
penyumbang rasa unik dalam masakan Itali. Oregano menambah perisa salad,
dan juga ditambah dalam sos lemon-zaitun untuk dimakan bersama ikan dan
daging bakar
************************************
Nama tempatan : halia
Nama sainstifik :Zingiber Officinale Ross
Nama lain :Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia)Kinkh, Khing-daen
Khasiat dan Kegunaan
Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Dapat membantu
menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan
membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Boleh
mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi,
sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif,
stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh
diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam
ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin.
************************************
|
Pokok Bunga Cengkeh |
Nama tempatan : Bunga cengkih
Nama sainstifik : Syzygium aromaticum
Daun
pokok ini boleh menghasilkan Minyak pati.. Daun-daunnya memang aromatik
cukup untuk menjadikan suasana yang segar. Buah-buahnya yang masak juga
boleh digunakan dalam masak
************************************
by: Nik Norakmal
Sumber: Secubit Garam Sesudu Rempah
http://rempahdanherba.blogspot.com/2012/11/tips-menyimpan-rempah-dan-herba.html