Thursday, May 22, 2014

Tips Menyimpan Rempah dan Herba





Assalamualaikum.......
Alhamdulillah berkesempatan juga saya menulis sedikit info untuk perkongsian kita bersama, pada petang ini saya ingin berkongsi sedikit tips yang sangat mudah untuk kita amalkan bagi mengekalkan kualiti rempah dan herba walaupun telah di simpan lama...
Tips menyimpan rempah dan herba ialah kita perlu mentimpannya di tempat yanggelap dan sejuk.  Hal ini kerana kelembapan, cahaya, dan haba akan menghilangkan kualiti rasa pada rempah dan herba. oleh itu, kita boleh jarakkannya dari dapur untuk mengekalkan kesegaran.
 Selalunya, herba dan rempah dalam bentuk serbuk boleh bertahan lebih lama iaitu selama setahun berbanding herba dan rempah yang belum diproses. Sebelum digunakan, rempah selalunya dihancurkan dengan mesin atau lesung. Untuk menguatkan rasanya, sebelum dihancurkan, bakar sedikit rempah di dalam kuali tanpa minyak, tetapi jangan sampai hangus.
Tahukah anda, menyimpan herba dan rempah di dalam peti sejuk adalah  tidak digalakkan kerana keadaannya yang lembab. namun sekiranya ingin menyimpannya didalam peti sejuk, pastikan  letakkannya di dalam bekas kedap udara, dan biarkan di dalam peti ais.

Selain itu, cara menggunakan  rempah dengan cara yang betul ialah gunakan rempah dan herba dengan kadar yang sederhana. Hal ini kerana, tujuan kita menggunakan rempah adalah untuk  menambah rasa masakan tetapi bukan merosakkan rasa aslinya. Oleh itu, untuk masakan yang perlu dimasak lama, selalunya herba dan rempah dimasukkan kurang dari 1 jam sebelum dihidang. Rempah tidak boleh dimasak dengan lama untuk mengelakkan rasanya menjadi kuat.
********************************************
CiK Rempah Dan Puan Herba
Rempah ialah bahan perisa makanan yg terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dan lain-lain. Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bacteria. Kebanyakan bahan ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik, pewangi atau dimakan sebagai sayuran.
Herba pula adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Ia juga dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus.,Perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagain lain tumbuhan herba.
**********************************************
JeNis-JeNis Rampah



Nama tempatan: Buah pala
 Nama saintifiknya Myristica fragrans
 Famili myristicaceae.

Buah Pala
 Berasal dari kepulauan Maluku , jajahan Indonesia.Kandungan zat buah pala adalah zat kalium,kalsium,fosforus,lemak,protein dan karbohidrat Baik untuk kekuatan minda,sakit kepala,masalah bau mulut,gatal-gatal dan menghilangkan jeragat .Buah pala juga dijadikan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan minyak gosok dan balm.Ia baik untuk kegunaan luar seperti sakit kepala dan sakit perut.
 ************************************
Pokok Serai
Batang Serai
Nama tempatan : Serai
Nama saintifik    : Cymbopogen citratus)
Family                 : Poaceae
Berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia. Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut. Batang serai dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan.
 ************************************

Cekur Manis
                                        
NamaTempatan  : CekurManis
Nama Saintifik     : sauropus androgynus
Nama Lain           : Taruk manis,asin-Famili                
Lokasi dijumpai    : Asean
Buahnya berwarna putih ketika muda dan akan berubah menjadi merah samar atau coklat ketika matang.Daunnya yang masih muda sedap dijadikan sayuran seperti dijadikan masak lemak, sup dan digoreng bersama udang kering. Pucuknya yang masih muda begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan asparagus.Selain dari dijadikan sayuran ia juga boleh dijadikan pewarna makanan sama seperti daun pandan dan warna yang dihasilkan oleh daun cekur manis lebih gelap dari warna yang dihasilkan oleh daun pandan. Ia juga selalu dicampur dengan perahan daun pandan untuk mendapatkan warna yang lebih gelap. Daunnya mengandungi banyak provitamin A karetinoid,terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar.Ia juga mengandungi vitamin B, C protein dan mineral. Cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu.
 ************************************
Daun halba


Halba

 Nama tempatan : Daun halba
Bahasa Inggeris: Fenugreek Leaves
Nama Saintifik    : Trigonella foenum-graecum


Daun halba muda boleh dimakan seperti ulam. Samada daun kering atau segar, ia digunakan untuk menambah perisa masakan. Daun kering (juga dipanggil Kasuti Methi) mempunyai rasa yang sedikit pahit dan berbau kuat. Daun halba mempunyai diet serat yang baik dan kaya dengan Vitamin C dan Vitamin K. 100 gram daun halba hanya mengandungi 49 kalori dan ia senang dihadam oleh tubuh manusia
 ************************************
Thyme
Nama tempatan : Thyme
Nama Saintifik: Thymus vulgaris
Thyme sesuai dengan daging kambing, daging lembu, ayam, ikan, sosej, stok, roti, mentega, mayonis, cuka, mustard, dan kekacang. Thyme segar lebih berperisa tetapi hanya mampu bertahan selama seminggu. Walaupun berperisa, Thyme kering adalah lebih mudah disimpan, dan ia mempunyai sumber zat besi yang baik.

 ************************************

Nama tempatan   : Kulit kayu manis
Nama Saintifik      : cinnamomum zeylanicum
Nama-nama lain   : cinnamon, ceylon cinnamon, gui, gui zhi(china), cassia , sweet wood
Digunakan secara meluas dalam masakan. Minyak pati/sari dari kulit kayu manis mengandungi 2 jenis fenilpropanoid iaitu cinnamaldehyd dan eugenol.minyak pati ini banyak digunakan dalam perubatan aroma.Kesan pengurangan gula ini juga boleh dicapai dengan merendam sepotong kulit kayu manis ke dalam sebarang minuman terutamanya teh. Kegunaan lain kayu manis dalam perubatan ialah seperti melawaskan pembuangan najis, penawar cirit birit(membunuh bakteria e choli) dan penahan sakit. Ia juga merupakan anti bakteria semula jadi yang dapat mencegah pembentukan plak gigi dan kerosakan gigi.


 ************************************
Lada Hitam

Nama tempatan : Lada Hitam
Nama Saintifik: Piper nigrum
Nama-nama lain: lada, biji lada, lada bena, Pepper, hu jiou, black peppercorn, mulagu, merica(indonesia),Fu lful, filfil


Asal: Lada hitam berasal dari Malabar , India. Lada hitam dihasilkan dengan cara menjemur dan mengeringkan buahnya yang belum masak diatas api hingga kulitnya berubah menjadi hitam.Digunakan untuk meredakan sakit perut,loya, demam, sakit sendi, sakit kepala dan untuk membuang angin dalam badan.Ia juga digunakan untuk meredakan kembung perut bayi. cirit-birit dan kencing tidak lawas.

 ************************************

Lada Putih
 Nama tempatan : lada putih
Nama Saintifik: Piper nigrum Asal: Malabar , India dan dibawa ke Asia
Lada putih dihasilkan dengan memetik buah yang hampir masa, ia kemudiannya direndam untuk memudahkan proses pengupasan. Pengupasan dilakukan dengan menggosoknya, setelah itu ia dijemur hingga benar-benar kering.Digunakan secara meluas dalam masakan, sos barbeku, bahan utuk memerap daging atau ayam untuk dijadikan steak.
 ************************************

Jintan Manis

 Nama tempatan : Jintan Manis
 Nama sainstifik: Pimpinella anisum.
Digunakan dalam masakan berempah.Khasiatnya ia dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata. Meminum jintan manis boleh menghilang lemak.

 ************************************

Bunga Lawang
Nama tempatan : Bunga lawang
Nama Saintifik: Illicium verum Hooker fil.
Nama-nama lain: Star anise; Cina: Ba Jiao, Pak kok, Baat gok; Hindi: Badayan, Anasphal


Asal: Diperkenalkan di Eropah pada awal kurun ke 17.Rupanya seakan bintang dan berbau kuat. bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih.Untuk kegunaan perubatan pula di digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi).Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh.Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.

 ************************************
Biji Ketumbar

Nama tempatan  : Ketumbar
Nama Saintifik    :coriandrum sativum
Nama-nama lain : Coriander, Chinese Parsley, Indian    Parsley (herb ); Cina: Yan Shi,
Family                : parsli.
 Asal: India.Ketumbar adalah biji buah pokok ketumbar. Digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Buah dan daunya mempunyai aroma pedas dan sedap. Selain itu, ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan sebagainya.

 ************************************
Buah Keras

Nama tempatan  : Buah keras
Nama Saintifik    : Aleurites moluccana.
Famili                  : Euphorbiaceae.
Nama-nama lain : Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree
 Buah keras juga dipanggang dan dicampurkan dengan pes bergaram untuk menjadi perasa yang dikenali sebagai inamona. Berfungsi memekatkan kuah. Isirungnya boleh digunakan sebagai ubat julap. kulit batangnya dipergunakan untuk merawat cirit-birit dan disentri. Isirung yang dijadikan pulpa atau daun-daun yang direbus digunakan di Malaysia sebagai tuam untuk merawat sakit kepala, demam, ulser, sendi bengkak, dan gonorea.


 ************************************
Buah Pelaga


Nama tempatan   : Pelaga
Nama Saintifik     : Elettaria cardamomum
Nama-nama lain  : Inggeris: Cardamon;
Asal daripada  India.Digunakan untuk masakan, orang India dan Arab suka mencampurkannya dalam minuman teh  dan kopi.

 ************************************

Pokok Pandan
  Nama tempatan    : Pandan
 Nama saintifik       : Pandanus amaryllifolius
  Famili                    :
 Genus:
 Daun pandan direndam dalam santan, yang kemudiannya ditambah dalam masakan. Ia memiliki bau botani berkacang yang meningkatkan perisa masakan Asia, terutama hidangan nasi dan kuih. Daun ini juga digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek pandan dan rasa sirap.

 ************************************
Daun Kaduk

  Nama tempatan : Kaduk

  Nama Saintifik   :  Piper sarmentosum roxb
  Famili                   : Piperaceae
Nama lain                : Sirih duduk
Lokasi dijumpai: Di kawasan yang agak lembab digunakan sebagai perisa dalam masakan seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya.
 ************************************
Pokok Terung Pipit
Nama tempatan : Terung Pipit
Nama saintifik    :   Solanum tarvum.
 Famili                : Solanaceae
Terung ini adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan Malaysia. khasiatnya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.


 ************************************

Daun Oregano

Oregano
Nama tempatan : Oregano
Nama Saintifik   : Origanum vulgare
Famili                 :Lamiaceae

Oregano lebih banyak digunakan secara kering. Oregano kering selalunya lebih berperisa dari yang segar. Rasanya yang berempah, disesuaikan dengan ketumbar, dan sering digandingkan dengan jintan putih.digunakan dengan tomato, dengan sayur goreng, dan daging bakar. Bersama daun selaseh, ia penyumbang rasa unik dalam masakan Itali. Oregano menambah perisa salad, dan juga ditambah dalam sos lemon-zaitun untuk dimakan bersama ikan dan daging bakar


 ************************************
Nama tempatan  : halia
Nama sainstifik     :Zingiber Officinale Ross
Nama lain        :Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia)Kinkh, Khing-daen
Khasiat dan Kegunaan Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin.


 ************************************
Pokok Bunga Cengkeh
Nama tempatan : Bunga cengkih

Nama sainstifik : Syzygium aromaticum

Daun pokok ini boleh menghasilkan Minyak pati.. Daun-daunnya memang aromatik cukup untuk menjadikan suasana yang segar. Buah-buahnya yang masak juga boleh digunakan dalam masak



 ************************************
by: Nik Norakmal
Sumber: Secubit Garam Sesudu Rempah
 http://rempahdanherba.blogspot.com/2012/11/tips-menyimpan-rempah-dan-herba.html

No comments:

Post a Comment