Tuesday, July 22, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

























https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdt4nQ7t4UlC5AL6LMS7PyXt-c6YcXXCGiFf5_lDs0tGQpf2litWOvcTZL2fubbpZ9WWhoEvYl0HX6x60OV3sUdYLqly2LPlmRm1pEdSQWIHmKwlVQtz8kUAF4K4rZNsgqEKb3Wz4-audg/s1600/eid-mubarak-greeting-card.jpg




ALMOND SRI ARJUNA



Bahan-Bahannya:

250gm butter
100gm gula halus
50gm tepung jagung
50gm badam kisar
50gm badam cincang
200gm badam biji (bakar)
300gm tepung gandum
3 camca besar nestum
1camca teh esen vanila
1 camca teh baking powder
1 biji kuning telur
Cokelat masakan
Shortening (lemak sayuran)
Paper cup kecil

Cranya:

(Bahan  A)


 Ayak tepung gamdum, tepung jagung dan baking powder dalam bekas.

Putar gula dan butter kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila.

Masukkan Bahan A, nestum dan badan kisar. Gaul dengan spatula hingga menjadi doh.

Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan dan masukkan badam di dalamnya kemudian gentel-gentelkan menjadi berbentuk bujur.

Buat sehingga habis dan bakar dalam dulang pembakar selama 15 - 20 minit. Angkat dan sejukkan.

Cairkan cokelat masak secara double boiler dan masukkan lemak sayuran mengikut kesesuaian.





Tuesday, July 15, 2014

MINI CHICKEN POT PIES





 BAHAN-BAHANNYA:


1 sudu makan butter
1/4 cawan lobak merah yang telah dipotong dadu
1/4 cawan cendawan yang telah dipotong dadu
1/4 cawan bawang besar yang telah dipotong dadu
1/4cawan daun  seleri yang telah dipotong dadu
1/4 cawan dada ayam yang telah direbus dan dipotong dadu

1sudu makan butter
1 sudu makan tepung gandum
3/4 cawan chicken stock Maggi atau air rebusan ayam
1 sudu makan bawang putih yang telah dikisar halus
Garam, serbuk lada putih dan serbuk perasa
8 keping roti sandwich



1.     Panaskan butter dan tumis bawang besar hingga naik bau. Kemudian masukkan sayur-sayuran
        dan tumis hingga empuk. Masukkan ayam, lada sulah dan garam.


2.     Panaskan butter dan tumis bawang putih. Kemudian dan masukkan tepung sedikit demi sedikit
        dan kau sehingga berwarna kekuningan. Masukkan chicken stock dan kacau lagi sehingga
        menjadi pekat. Angkat dan ketepikan. Masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah.
        Kemudian masukkan sayuran tumis dan ayam tadi.

3.     Potongkan roti berbentuk bulat seperti dalam gambar dan ratakan roti dengan penguli. Sapukan
        dulang pembakar dengan butter. Letakan roti bulat tadi ke dalam dulang tersebut dan bakar pada
        suhu 275C selama 25 hingga 30 minit sehingga mangkuk roti menjadi kuning keemasan.


4.     Keluarkan mangkuk roti dan sejukkan.


5.     Isikan mangkuk roti dengan sayuran tumis tadi. Hiaskan dengan daun kucai dan daun parsley
        atau daun sup.




 


http://kongsidapur.blogspot.com/2014/07/mini-chicken-pot-pies.html



Monday, July 14, 2014

TART NENAS





Bahan2 dan Cara2 membuat Jem:


2 kg Nenas (2 biji)


Parut Nenas menggunakan penyagat untuk mendapatkan struktur jem yang bertali2. Parut jangan sampai bahagian empulur Nenas.



Nenas yang telah diparut
400 gram gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
3 titik pewarna kuning
sebatang kulit kayu manis jika suka


Buangkan sedikit air Nenas yang telah diparut, tapi jangan sampai kering sangat.Satukan semua bahan2 di atas di dalam rice cooker. Kemudian hanya ON dan masak seperti nasi biasa. Cuma pada mulanya kalau boleh jangan tutup periuk,biarkan sahaja ia terdedah untuk mengelakkan membuak2. Bila air dah kering sedikit, barulah boleh ditutup.


Jem dah kering sedikit. Kalau button rice cooker dah terangkat, teruskan menekan sehinggalah jem anda betul2 kering.



Bila jem dah betul2 kering. Tapis jem tadi menggunakan penapis dan biarkan ia sejuk. kalau boleh masukkan dalam peti sejuk untuk menjadikan ia keras sedikit.


Jem dah jadi pun. Nampak tak struktur ia yang bertali2 tu... hehe


kalau tak nak guna rice cooker pun boleh... dengan menggunakan resipi yang sama...
cuma satukan bahan2 di atas dan masak di atas api yang sederhana sehingga ia betul2 kering. Tapi kena selalu jaga supaya tidak hangit permukaan bawahnya.


Gentel dan bulat2kan jem untuk memudahkan kerja


Bahan2 dan cara2 untuk membuat doh Tart:
Bahan A:
1 kg tepung gandum
630 gm Butter pada suhu bilik



Satukan bahan2 di atas.

Uli rata.


Bahan B:
4 biji kuning telur
1 biji putih telur
2 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning
sedikit garam


Satukan bahan2 di atas. cukup sekadar ratakan.tak payah pukul.



Masukkan bahan2 B ke dalam bahan A.


Uli dengan menggunakan tangan sehingga menjadi doh.


Ambil sedikit doh dan leperkan.



Masukkan jem.


Leperkan jem tadi



Tutup semula doh dan bulat2kan ia supaya tertutup rapat dan kemas



Bentukkan ia menjadi lonjong

Gunting permukaan doh tetapi jangan putus menjadi bentuk segitiga. sebenarnya rai gunting atas tapak tangan tapi dalam gambar ni Rai letakkan atas pinggan sebab nak ambil gambar.haha.


So, Rai selitkan gambar ini untuk memudahkan anda memahami proses menggunting doh tu. hehe.Mulakan dengan menggunting bahagian atas.


Lupalak nak cakap...
Untuk Hiasan tangkai tu... kita perlukan
BUNGA CENGKIH secukupnya.

Cucuk bunga cengkih untuk dijadikan tangkai...Inilah hasilnya.cam buah yang direbutkan tupai dalam ICE AGE pun ada. haha. tapi yang ni rai buat banyak kelopak dia. so terpulang la pada kreativiti masing2 k...


Nie hasil kerja semasa rajin.









haha. then dah malas + mengantuk, macam2 saiz ada. haha. dari bentuk buah NENAS dah jadi buah DURIAN!
Muahahahahhahahaha.


kemudian kita perlukan kuning telur untuk disapu kat atasnya...


yang nie rai sapu kuning telur je kat atasnya. rasa cam tak puas hati pulak sebab nampak pucat.


Then loyang lain, Rai titikkan pewarna kuning + kuning telur tadi. haha. kemudian baru sapu kat atas permukaan biskut tadi. ha... barula menyerlah.
huhuhu. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 celsius selama 30-40 minit.


Tart buah ku sudah masak. hee.


hehe.dapat 4 loyang.


Selamat mencuba


Sumber:  http://raihannavanilla.blogspot.com/2010/09/resipi-biskut-tart-nenas-bentuk-buah.html