Tuesday, July 1, 2014

BISKUT RAYA DARI MASAM MANIS




Biskut Untaian Kasih


Pernah dengar nama biskut Untaian Kasih ?
Biskut ni cukup popula pada hari raya tahun lalu. Dah berapa kali ita berangan-angan nak buat tapi tak terbuat-buat juga.. dan akhirnya hari ini dapatlah ita cuba biskut ni..
Kenapa namanya Untaian kasih tak usahlah di tanya pada ita kerana ita pun tak tahu di mana nak cari jawapannya..

Kalau suami ita kata macam udang aje..
Dalili kata macam ulat rama-rama..
hihi... macam anak tikus pun ada...

Biskut ni sebenarnya ada dua versi, satu yang warnanya putih dan rasanya gebu yang mencair dalam mulut. Versi yang kedua pula yang warnanya sedikit kekuningan dan yang ni jenis garing sikit macam yang ita buat ni..


Versi yang ita buat ni rasanya seakan biskut samprit, rangup dan sedap di makan. Yang versi warna putih tu pula rasanya seakan biskut susu, kalau di beri pilihan ita suka yang warna kuning ni.. rangup dan enak. Tapi itu bedasarkan citarasa ita.. citarasa anda mungkin tak sama dengan citaras ita kan...

Ok lah kita jangan buang masa lagi, kita intai-intai resepinya.

BISKUT UNTAIAN KASIH
Oleh : Ckin Azizan

250 gm mentega atau margerin
1 cawan gula halus
Secubit garam ~ bergantung pada butter kalau butter bergaram tak payah letak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Choc Cips, manik atau chery merah dan hijau untuk hiasan

1 1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung ubi
4 sudu besar susu tepung
1 1/2 cawan tepung gandum

Kaedah Penyediaan

Satukan bahan tepung dan ayak
Dalam bekas pemutar, putar  mentega dan gula hingga kembang
Tambahkan telur dan esen vanilla dan putar hingga pucat

Masukkan Tepung sedikit-demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga menjadi doh yang lembut.
Tepung jangan masuk semua, masuk sikit-sikit hingga adunan lembut dan boleh di tekan dalam acuan.
Panaskan oven pada suhu 150C
Sediakan loyang pembakar dan alas dengan kertas minyak
Masukkan doh dalam piping bag dan letakkan nozel bintang pecah
Tekan atad dulang pembakar hingga habis
Letakkan choc cip, manik atau cherry sebagai mata atau hiasan
Bakar selama 15  ~ 20 minit
Sejukkan atas redai setelah masak  dan simpan  dalam bekas kedap udara.




Monday, June 9, 2014

Red Velvet Chocolate Cips Cookies


Pasti ramai antara anda yang sedang memikirkan apakah biskut yang akan di sajikan untuk hari Lebaran nanti. Mungkin ada juga yang sedang tercari-cari biskut yang sesuai untuk di jual sempena musim perayaan bagi menambahkan pendapatan keluarga.

Hari ni ita nak kongsikan satu resepi biskut yang pasti hot! untuk musim perayaan kali ini.

Tadaaaa....
Ini lah biskut yang ita katakan tadi. Biskut ini ita pelajari sewaktu mengikuti kempen Planta Seceria Air tangan Ibu yang berlansung di Kuala Lumpur pada 4 June yang lalu. Jangan lupa tau nantikan siarannya di TV3 sepanjang bulan Ramadhan nanti. Pelbagai resepi menarik dan penuh warna -warni bertepatan dengan temanya iaitu Seceria air Tangan Ibu. 
Dalam rancangan itu nanti kita akan di sajikan dengan pelbagai resepi biskut dan kek yang pastinya menggunakan Planta sebagai rasia utama yang menjadikan biskut kita harum.. enak dan sangat crunchy!
Di samping itu juga jangan lupa untuk dapatkan pelbagai resepi yang akan di kongsikan di Yutube Planta Ita juga turut sama berkongsi resepi di Yutube Planta nanti.
Bila dah buat biskut nanti jangan lupa kita beramal.. Apalah salahnya kita berkongsi resepi air tangan kita untuk anak-anak kita yang kurang bernasib baik. Sumbangan biskut raya anda itu akan di dermakan di rumah anak-anak yatim. Sumbangan derma anda bolehlah di hantar ke Giant atau Mydin yang terpilih.

Resepi Red velvet ni pada ita sangat sedap! Suami dan anak-anak ita pun sukakannya. Ita rasa pengunaan Planta menjadikan rasanya enak dan bau Planta yang harum tu bila bersatu dengan vanilla memang semerbak satu dapur.. pasti bila di hidangkan pada hari raya nanti akan menjadi hidangan yang menambat selera tetamu yang berkunjung.
Tak percaya ke? 
Anda harus percaya.. MamaFahmi's pun dah cuba tau! anda boleh kunjungi blog Mamafahmi untuk melihat kejadiannya yang pasti menambat hati.. pasti tak sabar-sabar nak mencubanya.. 
RED VELVET CHOC CIPS COOKIES
Oleh : Planta
Rujukan : Koleksi 20 Resepi Planta
Kempen : Seceria Air Tangan Ibu
 
120 gm margerin Planta
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips

Mula-mula kita ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
Tambahkan telur dan putar sebati.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cipputih
Gaul adunan rata.
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh)
Bakar selama 20 minit
Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Selamat mencuba dan selamat beramal... ^_^




Tuesday, February 18, 2014

Choc Oats Cookies


Tak boleh berhenti bila makan cookies ni. Lepas satu-satu masuk dalam mulut.. emmm.. sedapnya lah terasa.
Bau harum coklat semerbak memenuhi setiap sudut..
Kebiasannya bau harum mentega, coklat dan vanilla hadir tika ramadan menjelang..
Kini bila-bila masa sahaja.. jangan kata tidak pada cookies and coffee
Enak sungguh bila dapat menikmatinya bersama secawan kopi kurang manis.. emm..

Cookies ni ita sediakan sewaktu melawat Azrul tempoh hari. Awal-awal lagi dia dah titipkan pesanan " mak jangan lupa bawakan kita cookies.. kalau lapar malam-malam nanti ada juga jajan-jajan yang boleh di kunyah" kedengaran suara Azrul di hujung talian..
Sedari kecil Azrul memang pemakan orangnya. Kerana dia juga ita gagahkan diri untuk sering berada di dapur. Menyediakan hidangan untuk anak-anak dan suami.
Kerana dia juga ita kini boleh memasak dan tak segan bila berada di kelompok mertua dan ipar duai.
Seawal usia kandungan lagi minat memasak mula timbul. Ita kerap menonton rancangan masak di kaca TV. Pasti ita akan menunggu Chef Wan memasak setiap hari, menyalin resepi dan mencuba.  
Ada masa jadi.. ada masa..tidak..
Sebelum suami pulang.. ita dah humban semuanya.. jangan ada sisa.. takut pula di bebel..
Esok ita cuba lagi dan lagi.. hingga perut semakin hari semakin membuyut..
Bila dia lahir barulah ita tau.. dia sukakan makanan.. apa sahaja akan di cuba.. tidak pernah kata tidak enak.. jawapannya pasti akan menjelaskan setiap makan itu ada keistimewaannya..
Dia suka mencuba.. 
Kini anak bujang ini juga suka membantu ita memasak di dapur..
Paling tak suka.. ya Allah Azrul.. habis kecah dapur makkk...
Chocolate Oats Cookies
280 gm mentega atau margerin
90 gm gula halus
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh esen butter
1 biji telur
1 biji kuning telur
20 ml susu cair
350 gm tepung gandum atau tepung Ros
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh Soda
~ 3 bahan di atas di ayak bersama
250 gm Choc Cip
80 gm oats ~ di bakar sekejap dalam 6 - 10 minit suhu 160C
30 gm Cornflakes ~ di ramas kasar
30 gm badam cincang ~ di bakar sekejap dalam 6-10 mint dgn suhu 160C
Sebatikan mentega, gula vanilla dan esen butter hingga sebati.
Kalau guna mixer pukul kejap aje dengan sped perlahan.
Tambahkan telur, kuning telur dan susu cair
Tambahkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan soda
Gaul sebati
Masukkan choc cip, oats, badam dan cornflakes yang tellah di ramas kasar
Sudukan atau buat bentuk bola sebesar guli kecil
Susun di atas dulang pembakar
Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 20minit dengan api atas dan bawah
Oven hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Biarkan biskut sejuk sepenuhnya di atas redai
Susun biskut dalam bekas yang kedap udara untuk tahan lama kerangupannya.

Saturday, July 13, 2013

TART ROSALINDA

Harumnya bau biskut dari rumah jiran sebelah..
Bila bulan puasa kita bukan sahaja terhidu aroma masakan yang mengoncang iman, tapi juga bau harum bila biskut di bakar yang melintuk-lintuk di bawa angin.


Ada yang dah mula membuat biskut raya ke?
Atau masih lagi mencari biskut raya yang sesuai.
Jika nak mencari biskut raya, boleh lah mencuba koleksi biskut raya pilihan dari buku Siri Blogger Masakan Biskut Raya. Terdapat 25 jenis biskut raya yang harus di cuba untuk menghiasi meja tetamu di pagi lebaran.

Bagi mereka yang belum dapatkan buku ini, bolehlah dapatkan di pasaran. Terdapat 3 koleksi buku dengan tema yang berbeza. Setiap satunya di jual dengan harga RM 9.90 senaskah. Buat masa ini buku ini hanya terdapat di kedai buku MPH sahaja. Bagi mereka yang sukar boleh lah dapatkan terus secara online di  MPH Online






Hari ini satu lagi tambahan koleksi biskut raya yang bakal ita kongsikan.
Ramai yang di luar sana pengemar kuih tart kan?
Kalau di rumah ita ni Dalili adalah peminat biskut yang menjadi keutaman setiap rumah bila Lebaran menjelma.
Kemunculan Kuih Tart dengan pelbagai versi pastinya menyerikan lagi meja hidangan. Satu lagi versi kuih tart yang cukup popular di Johor Bahru adalah Tart Rosalinda. Tart ni dah lama meletup di JB sejak era popularnya sicom drama telenovela dari Mexico yang cukup popular sedikit masa dahulu.

Sambutan terhadap biskut tart yang satu ini juga naik mendadak di pasaran. Kecomelan dengan hiasan bunga dan berbentuk topi pastinya menambat setiap lirikan mata yang memandang.
Apa tunggu lagi jom kita intai-intai cara membuatnya.



TART ROSALINDA
Dari resepi Tart Nenas Nyonya
By: Kak Jee
 
Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji

300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
jem nenas

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.




Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI
Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
Ambil jem nenas bluberry dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk.

Untuk jem nenas bluberry boleh beli yang dah siap atau boleh juga di buat sendiri.


JEM NENAS BLUBERRY
Dari resepi Jam Nenas Istimewa
By: CMG

3 biji nenas (atau 1 kg parutan nenas, toskan sedikit airnya)
2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar
1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp)
1 cawan penuh gula pasir
1 sudu teh pes bluberry
1 sudu teh pewarna bluberry

Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering.
Akhir sekali masukkan parutan epal hijau,  pes bluberry dan pewarna, gaul rata dan masak hingga berkilat dan boleh digentel bila jem sejuk. Biar sejuk dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.

ICING

1 biji putih telur
200 gm gula icing
1 sudu teh jus perahan lemon

Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar
Putar adunan sehingga kental
Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga
Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
Biarkan icing keras
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Kepada yang  rasa macam leceh aje cara membuatnya tapi nak jugak biskut ni menghiasi meja tamu di pagi lebaran.. boleh lah beli sahaja yang dah siap. Kalau nak minta ita buatkan boleh call adik ita Aluya untuk tempahan Tel : 017 ~ 727 9179
Tapi ita buat tak banyak lah ya.. sekadar yang ita termampu sahaja. Oh lagi satu hanya untuk warga JB sahaja ya sebab tiada penghantaran untuk luar daerah.

Tuesday, May 14, 2013

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Assalamualaikum



Bersua lagi kita hari ini.. semoga semuanya sihat-sihat dan sentiasa dalam rahmat Nya.
Hari ini ita nak kongsikan satu resepi yang ita rasakan dah meletup-letup dari tahun lepas lagi.. dan dijangkan pasti lebih bom lagi tahun ini.

Biskut yang sangat kruncy ni sangat mudah cara membuatnya tak sampai 15 minit dah siap! tapi harganya cukup mahal.. bertambah-tambah lagi harga barangan baking seperti badam dah melambung-lambung naiknya. Semasa ita beli ni aje harga badam dah RM 38 sekilo. Bayangkan berapalah harga biskut raya yang bakal di jual pada hari raya nanti..


Kaedah membuat biskut ini sangat mudah kerana ia di sediakan dengan tepung yang khas. Tepung florenta ni anda boleh dapatkan dari kedai menjual bahan kek. Masa ita beli harganya RM19 satu bag yang beratnya 500gm. Kalau anda nak buat berniaga boleh dapat dalam harga RM 16 satu bag tapi kenalah beli dalam kuantiti yang banyak iaitu satu kotak yang kalau tak silap ita ada 6 bag didalamnya.

Ini pula adalah bahan lain yang kita perlukan. Badam keping, kuaci hitam dan bijan. Anda boleh juga guna biji bunga matahari jika suka. 
Kerana bahan-bahan ini mahal tak hairanlah biskut ini dijual dengan harga yang sangat mahal. 1 kotak yang berukuran 12 x 24 di jual pada harga RM 45 sekotak pada hari raya tahun lepas, tahun ini tak taulah pula berapa harganya memandangkan harga barang yang dah melambung-lambung naiknya..
Ada juga yang diletakkan dalam jar. Jar yang biasa kita buat cake in jar tu.. harganya pula RM 25 satu jar.. aduh..!! tak tertelan rasanya. Bayangkan jika kita mempunyai keluarga yang ramai pasti terkebil-kebil biji mata nak membelinya kan..
Oleh itu ita cadangkan bagi mereka yang keluarga ramai, lebih elok buat sahajalah sendiri untuk makan sekeluarga. Satu bag tu boleh buat 2 kali sebenarnya tapi ia tak dapat banyak.. bak kata orang Johor tak muai.. Tapi kalau nak makan ita cadangkan buat sahajalah kerana cara buatnya yang cukup mudah dan ringkas.

Biskut ini hendaklah di bakar dalam loyang 14x14 inc. Loyang pula hendaklah di alas dengan kertas kek bukan kertas minyak ya sebab nanti ia melekat. Kertas kek tu ada jual di kedai kek 1 gulung harganya RM 12 ringgit kalau di JB di tempat lain ita tak pasti. Kertas ni kita boleh guna semula, ianya boleh dicuci dan diguna semula.


Selepas biskut dimasak ia hendaklah terus dipotong ketika ia masih panas-panas, kalau lewat dan ia dah sejuk.. alamatnya memang tak boleh potong lagilah.. patah-patahkan ajelah.. jawabnya.
Ita potong dengan pisau aje.. tapi ada rakan-rakan yang cadang guna pemotong pizza.. ikut lah kesesuaian.. Ukuran memotong tu terpulanglah pada kita nak potong besar atau kecil.

Jom kita intai-intai cara membuatnya


FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.


Mereka yang tinggal di Johor dan Singapura boleh dapatkan dari Kak Patmah Aspar.
Boleh juga di bakar dalam magic pan HiG



Tuesday, February 26, 2013

TART BUAH-BUAHAN


Assalamualaikum

Selamat petang, dan selamat beristirehat.. buat semua suri rumah-suri rumah..
Biasa kalau suri rumah masa ni lah baru dapat nak melelapkan mata.. nak santai-santai sambil menonton TV ya tak?

Tapi masih banyak lagi urusan yang belum siap.. mana nak angkat kain di ampaian.. nak melipat baju.. atau mungkin ada yang sedang memikirkan apalah juadah untuk makan malam atau minum petang ni..


Hari ni ita nak  kongsikan satu lagi resepi hebat dari bloger yang ita cukup kagumi bakatnya.. Seorang wanita yang cukup berseni dan sangat kreatif.. yang paling utama beliau sangat rajin.. setiap resepinya pasti membuatkan sesiapa yang melihat meronta-ronta nak mencuba.. bagi yang tak punya cukup masa dek kesibukan urusan pejabat.. pasti tak akan melepaskan peluang untuk menempah dari wanita yang satu ini..

Resepi ni dah lama ita skodeng di dapur beliau.. hati ni dok mencongak-congak.. nak buat ke tidak? Bila melihatkan kecomelannya tu.. macam tak sangup nak tunggu lebih lama lagi.. Tapi ita bimbang pula sejarah membuat biskut tembikai berulang semula.. huhu


Hari ni memberanikan diri mencuba.. Aduyaii.. tak lah susah sangat.. nampak macam susah tapi bila dah buat ok lah.. menyeronokkan.. lebih-lebih lagi bila melihatkan hasilnya..
Sebenarnya ita dah lama tak bermain dengan warna.. Ita ni sebenarnya suka sangat melukis.. Warna-warni adalah dunia ita.. seronok bila dapat melayangkan berus di kanvas.. dengan warna-warna yang sentiasa memberikan satu semangat dan kepuasan..

Tapi sekarang dah tak punya masa untuk berkarya.. Akhirnya tak dapat melukis di kanvas melukis di tepung pun jadilah.. kata orang nak lepas gian.. haha

Jom lah.. kita masuk dapur kita intai-intai resepi unik dan menarik ni.. dan amat sesuai untuk dijadikan hantaran atau buah tangan..


TART BUAH-BUAHAN
Resepi Oleh : Kak Wan 

250 gm mentega
60 gm gua icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
370 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung

Bahan Hiasan 
Jam nenas sebagai inti
Pewarna mengikut warna buah-buahan
1 biji telur asingkan putih dan kuningnya
Cengkih sebagai tangkai
Bijan hitam sebagai hiasan
Royal Icing sebagai daun atau kudup

Satukan mentega dan gula dan gaul rata dengan senduk kayu sahaja
Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah di ayak terlebih dahulu sedikit-sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang lembut

Ambil sedikit doh, letakkan jam nenas atau jam strawberry atau blueberry atau apa-apa jam yang anda rasakan sesuai.
Jam tu kita bulat-bulatkan dahulu supaya lebih memudahkan dan melancarkan lagi urusan kita nanti.
Bentukkan seakan-akan buah-buahan yang anda sukai, seperti buah strawberry, apple, pear, jambu, labu, kiwi, mangga, nenas, pisang, manggis, orange atau apa-apa buah-buahan yang terlintas di benak fikiran.
Buat kemas-kemas.
Untuk buah yang berlekuk seperti pear atau abu, gunakan belakang pisau untuk bentukkan setiap lekukan.
Untuk nenas atau buah durian  anda boleh guntingkan sedikit doh untuk membentuk durinya
Setelah siap susun dalam dulang pembakar yang dilapik kertas pembakar.
Jom intai cara ita..


Bentukkan doh menjadi buah-buahan pilihan anda.. lagi banyak buah-buahan yang anda pilih lagi cantik dan menarik lah hasilnya nanti.. jangan sekat fikiran anda untuk berkreatif.. anda boleh mencuba pelbagai-bagai jenis buah-buahan yang anda suka dan anda rasakan ianya comel.. ^___^



Bila dah siap semuanya di bentuk, sekarang bolehlah di warnakan. Gunakan warna -warna yang menarik dan hampir-hampir serupa dengan buah yang asli. Warna yang digunakan adalah warna cecair atau gel.. mana-mana pun sesuai..

Gunakan berus yang sesuai, berus khas untuk makanan pastikan yang halal ya!!
Boleh ratakan dengan air sekiranya warnanya pekat.. Buat sama macam kita buat lukisan masa di bangku sekolah dahulu.. ingat lagi tak? @___^





Bila dah siap warna, keringkan sekejap sebelum kita sapukan pula dengan putih telur supaya ia nampak sedikit berkilat.
 
Selepas tu boleh lah kita letakkan tangkai. Untuk tangkai ita gunakan bunga cengkih.
Bagi buah yang ada biji-biji di luar tu.. macam strawberry, bolehlah kita letakkan bijan sebagai hiasan buah.
Bagi buah yang berdaun, jangan letak daun dahulu, sebaliknya kita bakar dahulu
Bakar dalam ketuhar pada suhu 140C selama 25 minit.
* kalau masa bakar nampak macam dia nak merekah, cepat-cepat turunkan suhu ketuhar..

Bagi kak Wan beliau akan salutkan semula doh yang dah 1/2 masak dengan kuning telur pula. Tapi ita tak buat la.. ita ni buat untuk makan sendiri aje... bagi yang nak buat boleh buat.. ia sebenarnya untuk mengukuhkan lagi kelekatan warna tu pada doh kalau tak.. dia akan mudah tanggal..

Bila dah siap bakar sejukkan sekejap kemudian letakkan daun atau kudup buah dari gula icing.

Kemudian kita bakar semula untuk keringkan Royal Icing tu.. tak lama ya masa membakarnya dalam 10 minit dengan suhu oven yang rendah iaitu 120C


Royal Icing
1 biji putih telur
90 gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh jus lemon

Satukan semua bahan dan putar hingga ia putih dan likat
Letakkan pewarna, letakkan dalam piping bag dan bolehlah di paipkan pada tart buah tadi
Bakar semula doh selama 10 minit pada suhu 120C


Terima kasih Kak Wan, kepada rakan-rakan semua.... Selamat Mencuba!!

Sunday, February 10, 2013

Selamat Tahun Baru Cina


Selamat menyambut tahun baru Cina kepada semua rakan-rakan ita yang berbangsa Cina. Bagi kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum, inilah keistimewaannya negara kita kerana dapat menyasikan kemeriahan sambutan perayaan setiap bangsa.

Seperti biasa kalau Tahun Baru Cina, kawasan rumah ita ni dah jadi macam pesta. Malam sambutan memang tak dapat lelapkan mata, bunyi mercun berdentam-berdentum seakan kita berada di medan peperangan pulak! Tapi memang seronok, pesta bunga api yang hanya dapat disaksikan setahun sekali. Itulah simbolik perayaan mereka..

Apa yang menghairankan.. tak ada pulak yang cedera putus jari ke.. putus tangan ke.. walaupun mercun yang di main ala-ala peluru dan ledakan meriam..


Selain Hari Raya, Tahun Baru Cina juga merupakan cuti umum bagi rakyat Malaysia, dan cuti Raya Cina juga agak panjang. Ita rasa pasti ramai yang telah pun selamat pulang ke kampung masing-masing. Bagi yang meninggakan rumah tu, pastikan keselamatan rumah di jaga. Disamping itu kenderaan juga hendaklah dipastikan selamat untuk perjalanan yang jauh.

Ok lah sempena Tahun Baru Cina, ita sediakan kuih tart gulung, entahlah tekak ni teringin pula nak makan kuih tart, bila terpandang beberapa rakan blogger berbangsa Cina yang menyambut perayaan ini menayangkan kuih tart masing-masing..

Daili lah yang paling suka, kerana inilah biskut raya kegemarannya. Ita buat 2 adunan, satu ita letakkan inti jam nenas dan satu lagi ita letakkan jam bluberry.  Intinya pula ita beli yang ready made aje jual kat kedai bahan kek. Jom lah kita cuci mata..

TART NENAS GULUNG
by: Kak Anim

4 oz butter - 115 gram
4 oz minyak sapi - 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum -450 gram
sedikit garam
air sejuk


Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Guna acuan seperti gambar di bawah.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min

JAM NENAS
 by: Kak Anim

10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan
Ini adalah cara bagaimana ita buat tart bunga ni 
Untuk tampok bunga yg warna hijau tu ambil sedikit doh dan letakkan sedikit pewarna hijau. 



Untuk tart Bluberry Roll ni, ita letakkan paste bluberry dalam adunan doh. Ita juga gantikan dengan bluberry jam sebagai intinya. Fillingnya ni ita beli yang dah ready made di kedai bakery.



Tuesday, September 11, 2012

KUIH GOYANG ATAU KUIH ROS

Assalamualaikum


Ada yang dah mula bergoyang pagi ni.. ?
Sambil bergoyang kita nikmati kuih goyang ni dulu.. hihi

Kuih goyang adalah kuih kegemaran ita. Memang suka sangat makan kuih ni dan ita boleh habiskan dengan sekelip mata..
Tapi nak buatnya cukup bercinta.. aduh.. lebih sedap kalau makan yang orang dah buatkan..
Mak ita dulu cukup rajin buat kuih goyang, ialah dia tau anaknya ni suka makan kuih goyang.
Kalau mak buat biasanya tiada sukatan, main boh aje dalam besen pas tu bancuh.. terrrrr... masuk dalam blender pas tu dah mula bergoyang Inul dalam kuali.. hihi
Payah juga nak dapatkan sukatan yang tepat.. ialah resepi orang dulu-dulu memang tiada sukat menyukat... yang hairannya jadi aje kan.. mungkin berkat air tangan yang ikhlas untuk anak-anak..

Kuih ni ita buat bukanlah untuk hari raya, sebenarnya masa gi rumah Mat hari tu, Mat ada keluarkan kuih goyang ni. Anak dara ita tu merasalah kuih tu.. aikkk.. dia dah jatuh hati laaa..pulak.. nasib baik jatuh hati dengan kuih goyang.. kalau dengan tuan empunya diri.. aduh.. payah jugak ita nak berpantun seloka hihi ^_^
Di paksa maknya buat kuih ni.. hari-hari setiap kali balik sekolah mesti tanya kuih dia ni dah buat ke belum??
Aduh malasnya rasa nak buat.. tapi tak sampai hati lah pulak!
Ita cuba cari resepi di dapur mat, tapi tak jumpa lah pulak! tak taulah mat ada letakkan resepi atau tak berkesempatan lagi untuk kongsikan resepinya.
Serius.. resepi kuih goyang yang ita makan kat rumah mat tu sedap, sama rasanya macam mak ita buat.
Bila dah tak jumpa ita cubalah telefon mak nak tanya resepi, tapi telefon tak berangkat pulak.. agaknya rosak kot telefon rumah mak..
Akhirnya ita cuba dapatkan dari My Resepi.


Resepi ni di kongsikan oleh Nor faezah. Ita buat 1/2 adunan sahaja. Nak cuba dulu, kalau ok nanti buat lagi.. hihi

Resepinya ok! tak manis sangat dan menepati selera.
Cuma ita tak puas hati sikit sebab dia tak berapa licin
Mengerutu sikit tepi dia tu..
Kat mana silap pun tak dapat dikenal pasti lagi..
Rasa terlebih telur ke? sebab ita guna telur A
Nak kata panas sangat minyak.. tak lah panas sangat sebab guna api sederhana aje..
Eiiiii.... Kena buat posmotem ni..

Kalau resepi mak ita, rasanya macam mak ada bubuh kapur sikit..  Tu yang tak pasti tu.. telefon tak berangkat pulak!
Ita tambahkan sedikit garam untuk rasa lemak-lemak manis sikit
Ita juga letakkan esen ros dan sedikit pewarna pink

Kepada Nor faezah terima kasih juga atas resepinya..
Minta izin ye faezah untuk ita share di sini pula.


KUIH GOYANG ATAU KUIH ROS
By : Nor Faezah
Rujukan : My Resepi 

Bahan-bahan ~ 200 biji
2 kampit tepung beras
3 cawan gula
1 biji telur
1 biji kelapa ~ di perah sehingga 3x,  setiap perahan diasing-asingkan
air ~ jika perlu di tambah
sedikit esen ros
secubit garam
sedikit pewarna merah jambu

Tepung beras, gula, telur dan perahan santan pertama di gaul sebati.
Jika adunan agak pekat  campurkan perahan santan berikutnya tapi  jangan di letakkan semua, letakkan sedikit demi sedikit. 
Gaul hingga sebati.
Kemudian tapis

Panaskan minyak dan rendam acuan kuih goyang ke dalam  kuali yg telah di isi minyak.
Gunakan api sederhana
Bila minyak dah panas, acuan pun dah panas, celupkan acuan ke dalam adunan.
Goyang-goyangkan acuan hingga kuih tertanggal dari acuan
Jika kuih agak tebal, tambahkan sedikit lagi air santan
Setelah kuih kuning keemasan angkat dan toskan minyaknya atas redai
Bila dah sejuk segera simpan ke dalam bekas kedap udara



Sumber: Masam Manis
 http://www.azlitamasammanis.com/search/label/BISKUT%20RAYA

No comments:

Post a Comment