BAHAN-BAHANNYA:
5 Biji kentang
1 Cawan tepung jagung
1 sudu makan lada sulah
Garam dan serbuk perasa secukup rasa (saya guna Maggi Cukup Rasa)
Breadcrumb warna oren secukupnya
2 Biji telur
Kepingan Cheddar cheese
CARANYA:
1. Kupas kentang dan potong bulat kemudian goreng hingga kuning keemasan
2. Kemudian angkat dan toskan dan lenyekkan
3. Masukkan tepung jagung mengikut keperluan. Sekiranya adunan masih lembut tambahkan
tepung jagung sehingga boleh dibulat-bulatkan
4. Masukkan garam dan serbuk perasa (Saya guna Maggi Cukup Rasa) dan uli hingga sebati
5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan kemudian buat lubang dan masukkan kepingan
Cheddar cheese yang telah dipotong-potong kecil. Tutupkan doh dan bulat-bulatkan.
6. Buat sehingga habis kemudian celupkan dalam telur dan salutkan dengan breadcrumbs.
Kentang yang dipotong bulat
Kentang yang sudah dilenyek
Kentang yang sudah dilenyek
No comments:
Post a Comment