Entri kali ini saya ambil dari Blog Masam Manis yang dipostkan pada Ramadhan ke 2. Terima kasih dan alhamdulillah kerana resepi-resepi dari Masam Manis dapat dikongsikan bersama.
2 Ramadhan
Apa khabar semua? Macam mana puasa anda hari ini...?
Alhamdulillah sudah masuk hari ke 3 umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Semoga puasa kita tahun ni mendapat keberkatan.
Sama-samalah kita melipat gandakan amalan.. kerana Ramadhan hanya datang setahun sekali aje.. entahlah.. adakah Ramadhan untuk kita di tahun hadapan.
Hari ini ita kongsikan beberapa menu berbuka puasa ita dan keluarga pada hari ke 2 Ramadhan. Menu kami sekeluarga cukup simple.. memandangkan ita masih lagi belum cukup sihat. Hari ini juga hari terakhir Amirul berbuka puasa bersama kami kerana dia akan kembali ke kolej untuk meneruskan semester seterusnya..
Bila anak-anak dah kembali ke sekolah.. mulalah ita memikirkan apalah yang mereka makan waktu berbuka dan bersahur nanti.. Kalau kat rumah ni walaupun resepi yang simple dari ibunya.. tapi senang rasa hati bila dapat melihat sendiri mereka menikmati hidangan berbuka puasa bersama-sama.
Kita teruskan kepada menu ita hari ini. Ita hanya sempat sediakan Nasi Goren Udang dan Murtabak mini untuk keluarga hari ini. Minuman kami hari ini pula adalah air cincau. Ringkas aje kan menunya. Bulan puasa ni ita harap dapat elakkan pembaziran. Alhamdulillah semua hidangan yang ita sajikan hari ini habis di jamu anak-anak dan suami.
Ita hanya jamah sedikit sahaja sekadar berbuka.. kerana tekak masih lagi terasa pahit.. selera makan juga berkurang..
Hari ini ita di bantu oleh Azrul untuk menyediakan Nasi Goreng Udang, memandangkan ita tak berapa sihat. Biasalah kan bila orang bujang masak.. mana yang sempat aje.. Tapi.. jangan tak tau.. air tangan Azrul juga cukup enak.. berselera sekali emak, ayah, abang dan adiknya menjamu selera.. Terima kasih Azrul kerana membantu emak memasak..
NASI GORENG UDANG
Resepi Oleh : Fiza
Rujukan : Fiza's Cooking
Bahan A
100gm udang - di buang kulit, belah dan buang kotoran di belakangnya
1/4 sudu teh garam
sedikit serbuk lada hitam
1/2 sudu teh tepung jagung
Bahan B
3 biji telur ~ di kocok
Bahan C
2 batang daun bawang - dicincang
2 ulas bawang putih - di cincang
4 cawan nasi sejuk
3/4 cawan lobak merah - di potong dadu
1 sudu besar kicap cair - boleh gantikan dengan sos sotong/ikan Thai
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
Kaedah Penyediaan
Di
dalam mangkuk masukkan semua bahan A dan perap selama lebih kurang
10minit. Anda boleh buang kulit udang, tapi Azrul dia tak buang kulit.
Panaskan kuali
masukkan sedikit minyak masak dan atur udang tadi, tapi jangan sampai
bertindih. Biarkan sebentar (dalam 30saat) dan alihkan, biar sebelah
lagi dalam 30saat, tetapi jangan di kacau. Angkat udang tersebut dan
ketepikan seketika.
Di dalam kuali tadi juga
masukkan telur dan buat telur dadar nipis. Lipat dan potong-potong
dengan sudip dan angkat. Ketepikan seketika.
Masukkan
sedikit minyak lagi ke dalam kuali dan tumis bawang putih serta daun
bawang hingga wangi. Masukkan juga lobak merah yang di potong dadu. Azrul gantikan dengan kacang panjang yang di potong kecil.
Masukkan nasi sejuk dan
goreng lagi dengan api yang besar dan di kacau dengan cepat. Masukkan
juga sos tiram, kicap cair, minyak bijan, telur hancur dan udang tadi.
Kacau sebentar dan rasa nasi tersebut. Jika kurang masin boleh tambahkan
dengan sedikit kicap cair.
Apabila sudah masak bolehlah di hidangkan. Nasi ini lebih enak di hidangkan dengan cili potong campur kicap atau sambal belacan.
Mula-mula kita sediakan bahan-bahannya dahulu
MINI MURTABAK
Intinya
Bahan Tumis
1/2 biji bawang besar ~ di dadu
1 ulas bawang putih di cincang
1 1/2 sudu besar rempah kari daging
1 tangkai daun kari
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1/2 kg daging cincang
1 pokok daun bawang ~ di mayang
2 biji kentang ~ kupas kulit dan dadu kecil
1 batang lada merah ~ buang biji dan hiris halus
Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan 1/2 bawang besar dan bawang putih hingga layur
Tambahkan rempak kari dan daun kari dan tumis hingga garing
Masukkan daging dan masak hingga daging empuk
Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk
Jika kering kuah tambahkan sedikit air
Biar kentang empuk dan kuah kering
Perasakan dengan garam
Tambahkan sedikit daun bawang dan laha hiris
gaul rata
Angkat dan tapiskan minyaknya
Sekarang kita sediakan pula bahan untuk kulitnya
Kulit popia yang bersaiz besar ~ secukupnya
Inti murtabak ~ yang telah kita sediakan tadi
Telur secukupnya
1 labu bawang besar ~ di dadu
1 pokok daun bawang ~ hiris halus
Pecahkan 1 butir telur di dalam mug atau kole.
Kocok sedikit telur
Masukkan inti murtabak kita tadi
Masukkan juga bawang cincang dan daun bawang
Kacau rata
Ambil satu keping kulit popia
Letakkan inti tadi di atasnya dan ratakan
Kemudian lipat seperti melipat sampul surat
Lekatkan tepinya dengan bancuhan tepung gandum dan sedikit air.
Kemudian bolehlah di goreng dengan minyak yang sedikit sahaja
Mudah aje kan kaedah penyediannya. Mini popia ni bolehlah di makan
bersama cili sos, kalau ada kuah dal lagi sedap, lauk kari pun ok juga.
Tapi kami sekeluarga makan dengan sambal tumis sahaja.
Kepada kawan-kawan yang sedang memikirkan menu untuk berbuka puasa nanti bolehlah mencuba resepi yang mudah dan ringkas ini
Selamat menjalani ibadah puasa
Sumber: Masam Manis
http://www.azlitamasammanis.com/
No comments:
Post a Comment