BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung jagung Brown & Polson (atau tepung jagung biasa)*
150 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
1 cawan kelapa kering, digoreng tanpa minyak hingga perang dan kisar halus
1 kuning telur gred A
80 gram gula aising
1 camca teh esen vanilla
Mentega secukupnya (kurang lebih 250 gram)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
Kelapa kering secukupnya untuk menyalut biskut
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar kuning telur. esen vanilla dan gula aising hingga berkrim. Sementara itu gaul rata tepung yang telah diayak dengan kelapa kering yang dikisar halus tadi. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + kelapa kering kisar sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata (adunan seakan2 serbuk roti).
- Masukkan mentega sedikit demi sedikit (1 camca besar sekali masuk) sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Matikan mesin, bulat2kan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
- Sediakan dulang pembakar. Cedok 1 camca teh adunan doh, bulat2kan dan hias dengan ceri yang telah dipotong kecil. Kemudian golek2kan dengan kelapa kering. Susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit atau hingga masak (che mat suka biskut yang garing dan sedikit perang), pusing2kan dulang pembakar selepas 10 minit biskut di dalam oven. Sejukkan biskut atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara..
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mentega
80 gram gula aising, diayak
2 kuning telur
200 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
1 camca teh emplex (penggaring biskut)
1 camca teh esen vanilla
80 gram kelapa kering, disangai hingga harum dan sejukkan
50 gram serbuk kacang gajus
50 gram cornflakes, diramas hingga hancur
1 kuning telur, untuk sapuan
Hiasan kegemaran anda (gula manek, bunga aising dan sebagainya)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan tepung gandum, tepung jagung dan empelx, gaul rata dan ayak. Kemudian masukkan kelapa kering yang telah disangi tadi, serbuk gajus dan cornflakes yang diramas hancur ke dalam tepung. Gaul rata2 dan ketepikan.
- Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan no. 1 sedikit demi sedikit hingga habis. Dan menjadi doh yang lembut. Matikan mesin dan bulat2kan doh. Tutup dengan tuala bersih yang dilembapkan.
- Bahagi doh kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik bersih setebal 0.5 cm. Terap dengan acuan pilihan anda dan alihkan ke dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
- Sapu kuning telur, tabur hiasan pilihan anda atasnya dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C, sekurang2nya 15 minit. Bakar selama 20 - 25 minit. Selepas 10 minit, anda pusing2kan dulang pembakar untuk mendapat biskut yang masak sekata. Sejukkan atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara....
Sumber: Dapur Tanpa Sempadan
No comments:
Post a Comment