Bahan2 dan Cara2 membuat Jem:

2 kg Nenas (2 biji)

Parut Nenas menggunakan penyagat untuk mendapatkan struktur jem yang bertali2. Parut jangan sampai bahagian empulur Nenas.

Nenas yang telah diparut
400 gram gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
3 titik pewarna kuning
sebatang kulit kayu manis jika suka

Buangkan
sedikit air Nenas yang telah diparut, tapi jangan sampai kering
sangat.Satukan semua bahan2 di atas di dalam rice cooker. Kemudian hanya
ON dan masak seperti nasi biasa. Cuma pada mulanya kalau boleh jangan
tutup periuk,biarkan sahaja ia terdedah untuk mengelakkan membuak2.
Bila air dah kering sedikit, barulah boleh ditutup.

Jem dah kering sedikit. Kalau button rice cooker dah terangkat, teruskan menekan sehinggalah jem anda betul2 kering.

Bila
jem dah betul2 kering. Tapis jem tadi menggunakan penapis dan biarkan
ia sejuk. kalau boleh masukkan dalam peti sejuk untuk menjadikan ia
keras sedikit.

Jem dah jadi pun. Nampak tak struktur ia yang bertali2 tu... hehe
kalau tak nak guna rice cooker pun boleh... dengan menggunakan resipi yang sama...
cuma satukan bahan2 di atas dan masak di atas api yang sederhana
sehingga ia betul2 kering. Tapi kena selalu jaga supaya tidak hangit
permukaan bawahnya.

Gentel dan bulat2kan jem untuk memudahkan kerja
Bahan2 dan cara2 untuk membuat doh Tart:

Bahan A:
1 kg tepung gandum
630 gm Butter pada suhu bilik

Satukan bahan2 di atas.

Uli rata.

Bahan B:
4 biji kuning telur
1 biji putih telur
2 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning
sedikit garam

Satukan bahan2 di atas. cukup sekadar ratakan.tak payah pukul.

Masukkan bahan2 B ke dalam bahan A.

Uli dengan menggunakan tangan sehingga menjadi doh.

Ambil sedikit doh dan leperkan.

Masukkan jem.

Leperkan jem tadi

Tutup semula doh dan bulat2kan ia supaya tertutup rapat dan kemas

Bentukkan ia menjadi lonjong

Gunting
permukaan doh tetapi jangan putus menjadi bentuk segitiga. sebenarnya
rai gunting atas tapak tangan tapi dalam gambar ni Rai letakkan atas
pinggan sebab nak ambil gambar.haha.

So,
Rai selitkan gambar ini untuk memudahkan anda memahami proses
menggunting doh tu. hehe.Mulakan dengan menggunting bahagian atas.
Lupalak nak cakap...
Untuk Hiasan tangkai tu... kita perlukan
BUNGA CENGKIH secukupnya.

Cucuk
bunga cengkih untuk dijadikan tangkai...Inilah hasilnya.cam buah yang
direbutkan tupai dalam ICE AGE pun ada. haha. tapi yang ni rai buat
banyak kelopak dia. so terpulang la pada kreativiti masing2 k...

Nie hasil kerja semasa rajin.

haha. then dah malas + mengantuk, macam2 saiz ada. haha. dari bentuk buah NENAS dah jadi buah DURIAN!
Muahahahahhahahaha.
kemudian kita perlukan kuning telur untuk disapu kat atasnya...

yang nie rai sapu kuning telur je kat atasnya. rasa cam tak puas hati pulak sebab nampak pucat.

Then
loyang lain, Rai titikkan pewarna kuning + kuning telur tadi. haha.
kemudian baru sapu kat atas permukaan biskut tadi. ha... barula
menyerlah.
huhuhu. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 celsius selama 30-40 minit.

Tart buah ku sudah masak. hee.

hehe.dapat 4 loyang.
Selamat mencuba
Sumber: http://raihannavanilla.blogspot.com/2010/09/resipi-biskut-tart-nenas-bentuk-buah.html
No comments:
Post a Comment