Wednesday, July 9, 2014

TORTILLA AYAM SAYURAN





Sumber: Sky Blue's Kitchen

 
Bhn² ( Tortilla .. Boleh untuk 10 keping )
2 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air panas
1/4 cawan air sejuk
*( Nak bubuh garam pun boleh.. i tak bubuh yer )
Minyak zaitun / mentega

Bhn² Inti
1 ketul peha ayam _ d buang kulit dan d potong kecil
1 biji cili merah _ d hiris
::  Sebelum d bakar d dalam oven  ::
1/2 biji capsicum hijau _ d hiris 
1 biji bawang besar _ d hiris
1/2 batang lobak merah _ d hiris
1 tin cendawan butang _ d hiris
3 ulas bawang putih _ d cincang
Oregano
Serbuk lada hitam
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
10 helai lettuce
Keju parut




Bhn² Sos
1 tangkai daun bawang _ d cincang
2 biji tomato _ d potong dadu kecil
2 ulas bawang putih _ d cincang
1 tin kecil ( 220 gm ) pati tomato
1 biji limau kasturi ( ambil airnya sahaja ) _ kalau suka masam boleh tambah yer
Sedikit gula
Garam


Cara²
::  Gambar A  ::
  1. ~ Untuk adunan tepung.. Campurkan tepung dengan air panas ( jangan guna tangan yer.. hehe ).. Uli sehingga sebati. Kemudian masukkan air sejuk dan uli dengan tangan sehingga ianya lembut.. Tutup dengan kain basah dan rehatkan sekurang²nya selama 1 jam.
  2. Setelah itu.. uli adunan memanjang.. bahagikan kepada 10 bahagian kecil.. Gelek dengan papan penggelek sehingga nipis.
  3. Panaskan sedikit  minyak zaitun atau mentega ( i guna minyak zaitun jer ).. Masukkan adunan tepung tadi dan masak sehingga ianya kekuningan sebelah menyebelah. Angkat dan ketepikan.
  4. ~ Untuk intinya.. Panaskan sedikit minyak zaitun / minyak masak yang lain. Masukkan bawang putih dan bawang besar... tumis sehingga naik baunya.
  5. Kemudian masukkan ayam dan biarkan seketika.
  6. Masukkan capsicum, cendawan butang, cili merah dan lobak. Gaul rata.
  7. Masukkan pula oregano, perencah pati ayam, garam dan serbuk lada hitam. Masak sehingga ianya garing. Angkat dan ketepikan.
  8. ~ Untuk sosnya .. Panaskan sedikit minyak.. tumiskan bawang putih sehingga terbit aromanya.
  9. Masukkan semua bahan² yang lain.. Gaul dan setelah ianya mendidih.. angkat dan ketepikan.
Cara Menyediakan gulungan ayam sayuran

::  Gambar B  ::

  1. Ambil sekeping adunan tepung yang d goreng tadi.. Lapiskan dengan sehelai lettuce d atasnya. Kemudian bubuhkan inti d tengah²nya seperti dalam Gambar A.
  2. Gulung dengan kemas seperti Gambar B. Kemudian potong kepada 2... Taburkan dengan keju parut dan bakar sekejap d dalam oven.
  3. Setelah ianya masak.. makan dengan sos.
  4. Selamat mencuba..


::  Setelah ianya d bakar d dalam oven  ::  

        

No comments:

Post a Comment