Monday, July 7, 2014

TAUHU TELUR




tauhu telur 3


BAHAN-BAHANNYA:

BAHAN A


4 keping tauhu putih
2 tiub tauhu lembut (Tauhu Jepun)
Segenggam isi udang (lebih pun boleh)


BAHAN B 

2 biji lada merah dimayang halus
2 tangkai daun sup atau daun bawang dimayang halus
Garam dan serbuk perasa secukup rasa (Saya guna Maggi Cukup Rasa)
1 sudu kecil lada sulah


BAHAN C

2 Biji telur


CARANYA:

1.     Blend semua bahan-bahan A sampai lumat kemudian bubuh dalam mangkuk


 2.    Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A tadi dan gaulkan

3.     Kemudian tuang ke dalam loyang yang yang disapu minyak terlebih dahulu supaya tidak
        melekat (boleh juga guna Tupperware) dan kukus selama 20 - 30 minit
 
4.    Bila telah masak, angkat dan sejukkan. 
 
5.    Potong mengikut saiz dan bentuk yang disukai.

6.    Celup dalam telur yang telag dipukul dan goreng hingga kekuningan.




No comments:

Post a Comment