Tuesday, July 1, 2014

PENANG CHAR KUEY TEOW






PENANG CHAR KUEY TEOW
Oleh : Cik'Iza
Rujukan : My Resepi

Hidangan ini untuk 2 orang makan. Sila lebihkan bahan jika ingin sediakan untuk keluarga yang besar.

Bahan Paste

200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil petis
2 sudu besar  pati ikan bilis atau pati udang
garam secukup rasa
Gula secukup rasa
300 gm kuey teow
1 sudu besar cili kisar ( cili kering atau cili boh)
kerang
sedikit kucai 
sedikit  taugeh
2 biji telur

Kaedah Penyediaan

Mula-mula kita sediakan pastenya dahulu

Rebus udang dengan air.
Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya.
Air rebusan udang jgn dibuang
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi
Reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.
Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge

Sekarang bolehlah kita sediakan mee kita
Tumis lada boh hingga garing.
Masukkan 4sudu besar paste tadi.
Masukkan udang yg telah direbus tadi dan kerang.
Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Bila kuah mendidih  masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata.
Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat.
Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

**Paste ni selalu mereka guna tuk meniaga so udang yang direbus memang mereka pakai. Tapi untuk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus dengan udang pun boleh tapi petis kena tambah lagi, menjadi 1 sudu besar. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak  garam dan gula masa masak buat kuey teow tapi,  kalau rasakurang masin atau manis boleh lah perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.


 
Sumber: Masam Mani
http://www.azlitamasammanis.com/search/label/MEE

No comments:

Post a Comment