Sunday, June 29, 2014

RAMADHAN 1435







AHLAN WA SAHLAN...YA RAMADHAN



Assalamaualaikum


Syukur alhamdulillah.....hari ini 29 Jun 2014 kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh  keberkatan ini. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita dan semoga kita berjaya mengharungi ujian-ujian di bulan yang penuh barakah ini sehingga kebulan-bulan yang lain seterusnya.


Allah memfardhukan ke atas kamu puasanya. Didalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan. " HR Ahmad 

 Bulan Ramadhan juga sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana setiap amalan kebajikan dan amal ibadah yang dilakukan dalam bulan ini akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Itulah kasih sayang Allah kepada hambaNya. Inilah masanya untuk kita meningkatkan amal ibadah dan merebut peluang untuk mendapatkan pahala yang berganda-ganda. Semoga kita antara yang dipilih Allah SWT untuk bertemu dengan malam istimewa iaitu malam 'Lailatul Qadar'. In sya Allah.
Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa DiBulan Ramadhan..

No comments:

Post a Comment