Nasi Briyani, Nasi Arab, Nasi Tomato semuanya lebih sedap dan menyelerakan bila menggunakan beras Basmathi. Di sini saya amat bertuah mendapat petua memasak beras Basmathi yang betul dari Blog LYDIA's Q8 MATBAHNA AL ARABI
Assalamualikum dan salam sejahtera semua. Dah lama tak update blog sebab sejak kebelakangan ni mood MALAS makin menjadi- jadi. Hari ni Lydia nak jawab sikit la pasal cara masak nasik arab guna basmathi sebab ramai yang dok antar soalan kat my FB tanya pakai beras jenis apa, bagaimana cara masak dsb..
Cara Lydia senang saja dan Lydia
Kepada sesiapa yang selalu tanya Lydia Honey..macam mana cara masak nasik nampak beras tu panjang tak patah-patah, ni adalah sedikit jawapan ikhlas Lydia
Dulu Lydia memang tak tahu masak nasi, selalu terlembik atau keras/mentah..puas berusaha dan mencuba, selalu kena perli ngan FIL, bertahun gak la ulat bulu ni nak jadi rama-rama..hehhehe..akhirnya berkat usaha dan kesabaran sendiri Lydia boleh masak sekarang tanpa mengalami banyak masalah, Alhamdulillah..
Kalau gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya..berusaha dan terus berusaha kerana cara masak..sukatan air serta jenis beras juga memainkan peranan yang penting.
CARA PERTAMA (ni yg pro sikit la)
PETUA my sis in law yg 100% arab:-
1) Cuci beras hingga jernih/bersih airnya, JANGAN mamas beras tu just macam kaup balik jer ya..
2) Rendamkan beras (terendam sepenuhnya) dan masukkan 1 camb garam selama 30 minit minimum, kalau lebih pon ok, sejat dgn penapis dan sedia untuk dimasak. Kadang- kadang Lydia rendam sampai 3-4 jam but alhamduillah masih ok cantik dan berderai agaknya beras yang lydia gunakan ni lasak ya.. tu kakak ipar gak ajar.
3) Kalau tak sempat nak rendam lama, lepas cuci rendam ngan air panas + garam = tapis dan masak..
KENAPA RENDAM DAN MASUKKAN GARAM..no idea..bila tanya SIL katanya bagi beras lembut, gebu dan berderai. Sukatan air untuk beras yang Lydia guna 1=1.5( 1c beras+1.5C air)
4) Lagi satu masa masak nasi tu jangan over kacau, just sesekali cakar ngan garfu dah ok..gunakan air panas/ stock/sup yang panas mengelegak masa nak masak supaya beras cantik jadinya..
5) Gunakan api yang besar dan tutup denagn penutup periuk. Bila air dah nak kering, perlahankan api seLOW yang boleh, cakar sedikit dengan garfu, cover periuk dengan aluminium foil dan tutup dengan penutup periuk. Tanak seperti biasa selama 10-15 minit. Kalau tak de aluminium foil gunakan je kitchen towel mcm kukus kue.
6) Offkan api dan biarkan nasi dalam periuk selama 5 minit, buka penutup/aluminium foil/ kitchen towel serta cakarkan sedikit dengan garfu..
7) Sedia untuk dihidangkan.
CARA KEDUA.. yg kureng yakin
1) Cucu & rendam beras macam CARA PERTAMA
2) Dalam periuk, panaskan air hingga mengelegak. Guna air yang banyak macam rebus pasta, masukkan sedikit minyak masak/ ghee, kalau nk boh spice ok jer..bila dah benar2 mengelegak..masukkan beras yg telh ditoskan tadi, biarkan nasik masak 3/4..agak-agak hampir nak masak la macam buat nasik Beryani India. Guna api sederhana besar, bila dah 3/4 masak tuangkan/ tapiskan air dan tinggalkan sedikit je kira not to dry sangat la masih sikit berair.
3) Masukkan nasi yang 3/4 masak tadi yang sikit beair tu , tutup periuk dan kecilkan api, tanak sehingga masak dalam 10-15 minit. Boleh guna aluminium foil/kitchen towel gak
..
4) Bila dah masak rehatkan nasi dalam 5 minit baru gembur dan hidangkan.
Insha'Allah cara ni sesuai untuk yang abru nak belajar masak like me before.
NOTE:- Kalau nasi agak keras atau mentah..renjiskan sedikit di atas nasi tu dengan sedikit air dan cover periuk, tanak semula selama beberapa minit.
Itu sjalah cara Lydia masak nasi selama ni dan kalau anda try my resepi ni tolonglah masak ikut bahan- bahan atau ramuan yang telah Lydia berikan bukannya masak ikut suka hati, bila tak dapat rasa yang di ingini jangan nak blame me kata tak rasa arab la..rasa nasik minyak biasa la hapa lah, tapi bila tanya balik awak guna bahan macam mana dia leh selamba jawab guna je apa bahan biasa yang ada kat umah cam tumis nasik minyak melayu.. memang la tak jadi past tu nak malukan orang, Alhamdulillah.
Buat pengetahuan kawan2 Lydia kawen ngan orang yang 100% arab bukan kacukan taw..hehehhe. Tulen banggg.. My hubby selalu komen apa yang terlebih atau terkurang kalu Lydia masak so dari situ Lydia berlajar. Lydia memeng pemilih dan cerewet bab makan sendiri pon, sedangkan makanan melayu Lydia tak boleh makan semuanya inikan arab...banyak makanan arab lydia masak tapi lydia tak makan tau.
Alhamdulillah, kebanyakkan penyumbang resepiku semuanya mak, nenek atau sis arab yang 100% arab yang resepinya diturunkan turun temurun dari keluarga mereka. Kalau ada yang dah claim resepi Lydia ni tak ORI atau campur- campur tu MAAFlah sebab tak pernah pon Lydia buat cam tu sebab my husband ni cerewet bab makan. Maybe Ur resepi kot campur- campur..hehhehee..cerminkan diri sendiri sebelum nak kata orang. Memang sakit hati baca tapi Lydia terima dengan Alhamdulillah kerana tak tahu apa motif dia kata gitu. Lydia share ilmu FREE tanpa kenakan bayaran pon. Suka- suka nak share ngan kawan- kawan yang sudi nak cuba my homemade cuisine.
Dah selau terfikir sedari sebelum ada FB dan Blog ni lagi rasa macam nak buka restoran arab balik. Dulu kami ada arab restoran kat BB KL, ada 4 chef dari 4 negara yang bebeza:-
1-Yemen
2-Lebenon
3-Syria
4-Mesir..
Semuanyer kedekut ilmu, tapi time tu tak minat pon nak tanya sebab busy dengan customer dan running sana sini, lagipon bini bos buat apa sibuk2kan diri nak masak, kalu nak mintak jer. Penat sangat rasanya dengan restoran ni..tapi kalau ingatkan balik cam best lak... tah la pasang angan- angan mat jenin panjat pokok kurma kat sini je la. My hubby bagi galakan tapi kena running sendiri la, so MALAS la sebab dia dah busy kat sini. Kalau cam tu memang tak mungkin la kot sebab tak terkejar.. Nampak je mudah tapi Allah yang tahu betapa susah nak menapak dan bukan senang nak maintain quality kalau kita boss tak turun padang takut orang hantar produk tak berkualiti..
Waaaa..makin jauh melalut dah la sekian sajalah untuk kali ni malas nak bebel stress lak orang baca nanti dan inilah ilmu serta rahsianya cara Lydia
Dulu time baru belajar masak memang Lydia guna kaedah 1/2 cook beras tu past tu sikit pandai upgrade guna aluminium foil but not now, alhamdulillah dah pandai sikit nak agak jarang guna aluminium foil lagi, tapi kalau masak berkilo beras sesekali tu Lydia guna aluminium foil ler sebab takut ngan big amount.
Maaf kalu ada bahasa yang kureng..hehhhe..
Note:- Kalau tak guna aluminuim foil pon ok kalau anda yakin kalau tak ada aluminium foil kat umah tu, amik kain/tuala bersih, cover periuk kemas- kemas dan tutupkan dengan penutup periuk rapat- rapat supaya wap panas tek terkeluar (cam kukus kue) dan insha'Allah nasi akan masak dengan elok dan sempurna..
Lagi satu kalau masak nasik yang guna santan/susu/tomato paste kurangkan sikit air@ stock ye sebeb mudah lembik..hanya nasik melayu jer pakai susu@santan..hehhe
Mmmm..ada lagi satu (banyak lagi daaaa..), kalau boleh belilah beras basmathi yang kaler sikit yellowish sebab beras tu tak mudah patah. Ianya akan jadi panjang canti jer..tu beras yg lydia makan selalu
Tq petua ni... ada tak gambar beras yg sis guna... :-)
ReplyDeleteTq petua ni... ada tak gambar beras yg sis guna... :-)
ReplyDeleteTerima kasih petua.Kami pembekal beras basmathi direct kilang jenis pusa 1121,masak tak patah2. Saya mohon share petua memasak ni ye puan.Yang berminat nak dapatkan beras basmathi parboiled bole hubungi 010-5445542.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Menjadi. Cara 2. Adjust sikit.
ReplyDeleteAlhamdulillah...tqvm sis 4da tips shared.Moga Allah meluaskn rezqi sis insyllh
ReplyDeleteSekilo basmathi cukup utk berapa org makan ye?
ReplyDeleteTq for tips👍🏻
ReplyDeleteTerbaikk
ReplyDeleteMasak nasi pun tak pandai ke.. Nk beras basthi tu tak berderai lbih air jer la.
ReplyDeleteSalam
ReplyDelete