Thursday, June 12, 2014

SOTONG SUMBAT PULUT



Waktu memasak : 25 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang

BAHAN-BAHAN:
  • 300 gm sotong
  • 3 sudu makan cili
  • 240gm pulut                     | telah ditanak
  • 250gm santan
  • 3 batang serai
  • 2.5cm lengkuas
  • 2 biji buah keras
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit lidi

     
CARA MEMASAK:
  1. Sumbat pulut yang telah ditanak ke dalam perut sotong. Cucuk perut sotong dengan lidi dengan kemas.
  2. Kisar halia, serai, lengkuas dan buah keras sehingga halus.
  3. Selepas itu, masukkan santan dan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Kacau dan masak di atas api yang perlahan.
  4. Masukkan sotong yang telah disumbat dengan pulut tadi. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kering sedikit.
  5. Setelah itu, angkat dan hidangkan. Sedia dinikmati.


Sumber: http://rasa.karangkraf.com/resipi-menu/ayam/sotong-sumbat-1.56163

No comments:

Post a Comment