Wednesday, June 11, 2014

MI JAWA SARAWAK













Oleh:Abjar Gendut

Bahan-Bahan:
1 liter air
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek oren (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
1 batang serai ] mesin halus
sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
50 gm udang kering ]
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
sedikit garam
sedikit tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
sedikit gula
sedikit kicap (optional - utk mcantikkan warna kuah, xnk letak pn xpa)

Caranya:
-Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin & rempah hingga garing. Kemudian masukkan bhn tumis dlm periuk yg berisi air rebusan daging (asingkan isi daging) slps itu masukkan keledek. Biar kuah mendidih sebentar & kmudian masukkan bancuhan tpg gandum & kicap. Masak kuah mengikut kpekatan yang anda diinginkan. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg tlh dihiris.

No comments:

Post a Comment