Wednesday, June 18, 2014

MELTY CHEESY





Dessert ini adalah hasil sumbangan dari kawan kakak yang sekarang ini menetap di Brunei Darussalam, Norisah Awang yang juga menjadi pengusaha biskut terkenal di negara itu. Terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi dessert ini.

Bahan-Bahannya:

BAHAN A

250gm Cream Cheese Philadelphia atau jenama Tatura
250gm Cremier Nestle
150gm susu pekat manis
50gm susu cair

BAHAN B

Bahan lapis: biskut atau kek span
Cheddar Cheese diparut
Buah koktel jika suka

Caranya:

Masukkan cream cheese, cremier nestle, susu pekat dan susu cair ke dalam mixer dan pukul hingga kembang dan sebati.

Dalam bekas atau gelas, susun biskut atau kek span kemudian tuangkan sedikit BAHAN A, kemudian letakkan buah koktel jika suka dan susun lagi dgn lapisan kek atau biskut dan tuang lagi BAHAN A.

Kemudian hiaskan atasnya dengan parutan cheese.


Boleh buat pilihan  samada kek span atau swiss roll


Cream cheese jenama Kraft Philadelphia atau Tatura

Cheddar Cheese 



Biskut Marie atau jenis krim kraker




No comments:

Post a Comment