Sunday, June 29, 2014

RAMADHAN 1435







AHLAN WA SAHLAN...YA RAMADHAN



Assalamaualaikum


Syukur alhamdulillah.....hari ini 29 Jun 2014 kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh  keberkatan ini. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita dan semoga kita berjaya mengharungi ujian-ujian di bulan yang penuh barakah ini sehingga kebulan-bulan yang lain seterusnya.


Allah memfardhukan ke atas kamu puasanya. Didalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan. " HR Ahmad 

 Bulan Ramadhan juga sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana setiap amalan kebajikan dan amal ibadah yang dilakukan dalam bulan ini akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Itulah kasih sayang Allah kepada hambaNya. Inilah masanya untuk kita meningkatkan amal ibadah dan merebut peluang untuk mendapatkan pahala yang berganda-ganda. Semoga kita antara yang dipilih Allah SWT untuk bertemu dengan malam istimewa iaitu malam 'Lailatul Qadar'. In sya Allah.
Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa DiBulan Ramadhan..

KITCHEN TROLLEY





RAMADHAN - FROZEN PARODY


SELAMAT DATANG RAMADHAN 1435H







AHLAN WA SAHLAN...YA RAMADHAN



Assalamaualaikum


Syukur alhamdulillah.....hari ini 29 Jun 2014 kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh  keberkatan ini. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita dan semoga kita berjaya mengharungi ujian-ujian di bulan yang penuh barakah ini sehingga kebulan-bulan yang lain seterusnya.


Allah memfardhukan ke atas kamu puasanya. Didalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan. " HR Ahmad 

 Bulan Ramadhan juga sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana setiap amalan kebajikan dan amal ibadah yang dilakukan dalam bulan ini akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Itulah kasih sayang Allah kepada hambaNya. Inilah masanya untuk kita meningkatkan amal ibadah dan merebut peluang untuk mendapatkan pahala yang berganda-ganda. Semoga kita antara yang dipilih Allah SWT untuk bertemu dengan malam istimewa iaitu malam 'Lailatul Qadar'. In sya Allah.
Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa DiBulan Ramadhan..

Monday, June 23, 2014

PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN MAKANAN SEJUK BEKU







Penyediaan dan pengendalian frozen foods


A friend of mine - Tinie requested me to write an entry regarding frozen foods. Wahhh tetiba perasan diri ni jadi chef pro pulak, hahaha.

Mula berjinak2 buat frozen foods ni sejak awal2 kahwin, for those yang tak tahu, I kahwin masa masih study in 3rd year. Dengan komitmen terhadap pelajaran dan tanggungjawab sebagai isteri, memang kena laa pandai2 mengurus masa kan, myLove pulak dah pun bekerja pada masa tu, keluar pagi balik malam so memang tak boleh sangat nak harap dia tolong hal ehwal house chores ni. Disebabkan belum ada anak dan duk rumah pun kecik cinonet, kerja2 lain tu no hal sangat, in fact masa belum ada anak seminggu sekali ja basuh baju pakai washing machine, tiap2 hari basuh baju pakai tangan hokey. Tapi bila masuk bab memasak adalah sedikit leceh, sebabnya nak kena sediakan breakfast, bento(=bekal lunch), minum petang dan dinner everyday without skip! Dari situlah keluar idea nak buat frozen foods ni. Memang tersangatlah membantu, nak2 time tak sempat masak, time balik kelas lewat badan dah penat, time tetiba takdak idea nak masak apa, time exam sibuk nak study, time report/assignment bertimbun dan tak lupa jugak time malas, hahaha. Okeh, yang mukaddimah panjang sedepa ni dia tak tanya pun sebenarnya. Dia suruh tulis apa2 berkaitan penyediaan dan pengendalian frozen foods saja, ngeeee...

Kalau cakap pasal frozen kuih-muih, banyak sangat boleh di-frozen. Habaq mai nak beku apa, rasanya semua boleh, donat, karipap, pau, roti canai, murtabak, kuih bom, nugget, bergedel, keria, kuih kacang, pulut panggang, pulut dakap, lopes, cekmek molek, hish banyaklah. Bila mai mood rajin nak kelebek kuih, haa time tu buat siap2 banyak terus, pack cun2 dan susun masuk freezer. Nanti anytime nak makan, keluarkan dan goreng/kukus/bakar laa ikut kesesuaian. Menurut penjual2 kuih frozen, kuih2 ni mampu tahan up to 3months, perghhh lama tu, kalau kat rumah ni paling lama simpan pun sebulan ja kot, sat sangat dah licin...

Untuk penyediaan lauk-pauk frozen pulak, base on pengalaman sendiri masa tinggalkan myLove ketika balik bersalin dulu, dalam 2bulan lebih jugak laa lauk-pauk ni boleh tahan(read: tak rosak/basi), tapi janji pengendaliaannya kena pada cara. Untuk buat lauk-pauk frozen ni kalau nak simpan dalam seminggu saja boleh laa pakai seafoods dan daging, tapi kalau nak simpan berbulan2 tu better guna ayam laa. Sebabnya untuk yang nak simpan lama tu kena cari resepi yang ayamnya digoreng terlebih dahulu. Ni untuk elakkan ayam resap kuah, nanti tak sedap. Selalunya I goreng ayam agak garing baru campur masuk kuah. Tapi kalau in case nak buat base lauk saja contoh macam sambal kosong, masak merah kosong, masak serai kosong dan yang ala2 gitu, takdak hal laa. Sebolehnya elakkan masak benda bersantan atau bersayur(paprik/tomyam/kari).
Pengendalian frozen lauk-pauk ni pulak, kita pack dalam bekas2 kecik agak2 untuk sekali makan saja. Hal ni penting supaya bila nak panaskan tu nanti kita tak perlulah keluarkan sebekas besar, cedok sikit lepas tu buh dalam freezer balik, nanti cepat basi masuk-keluar-masuk-keluar gitu kan. Kalau dah siap pack kecik2 senang sikit, kita keluarkan bahagian yang kita nak makan saja, hat lain tu tak usik.
Contoh lauk-pauk yang boleh di-frozen lama ialah ayam masak sambal, ayam masak merah, ayam masak serai, ayam 3rasa, ayam masak acar(macam sambal ayam tapi letak biji sawi dan cuka), tu ja kot yang I pernah buat.

Bagi ibu2 yang rajin dan nak memasak tapi selalu kesuntukan masa(especially for working mommies), the way kita manage bahan2 memasak ni pun boleh membantu mempermudahkan dan mempercepatkan proses memasak.
1. bawang merah dan bawang putih boleh dikupas siap2 untuk seminggu. Masukkan secara berasingan dalam tupperware kering yang bertutup dan simpan dalam fridge. Sila jangan basuh bawang2 tersebut, kupas dalam keadaan kering, nanti nak guna baru basuh.
2. bawang merah, bawang putih dan halia boleh di-blend siap2 untuk kegunaan seminggu. Simpan dalam bekas bertutup dan letak kat bahagian paling sejuk dalam fridge(bukan freezer ok, kalau peti ais jenis atas freezer tu, buh kat tingkat paling atas dalam fridge, errr faham ker tak ni? haha).
3. cili boh pun sama, rebus dan blend siap2, buh garam sikit untuk tahan lama. Simpan kat tempat yang sama dengan bawang blend.
4. ayam, ikan,udang, sotong, daging bla3 tu semua bila beli persiang siap2 dan pack-kan kecik2 agak2 untuk sekali masak. Nanti senang nak defrost, tak payah tunggu lama, tak payah terhegeh2 nak persiang, semua dah ready, main campak2 saja.
Kalau nak kira dari work management, I'm sure working mommies out there ramai lagi yang terer kan. So guys, anyone care to share any tips?!
Ada tambahan info:
- my sil - kaklong 'pesan' supaya lauk-pauk yang nak di-frozen tu kita kena sejukkan terlebih dulu baru masuk freezer ye, kalau tak buat gitu cepat ler rosak/basi
- untuk buat kuih-muih frozen, kebanyakan kuih kita kena masak half-cook terlebih dulu sebelum di-frozen, contoh macam donat, roti canai, pau, cek mek molek, murtabak, kuih bom, kuih kacang bla2, masak sikit saja sebagai 'ambil syarat', tapi ada jugak yang tak payah masak langsung, boleh terus bekukan macam karipap, keria dll. Kalau ikut my mom, lepas dah kelebek2 tu dia atur atas dulang/pinggan dan masukkan dalam freezer sekejap, agak2 dah keras dia keluarkan dan susun kuih dalam tupperware then bekukan semula. Masa nak goreng tu tak perlu tunggu kuih2 ni nyahbeku, boleh goreng terus masa tengah keras2, kalau tak boleh tanggal satu2 sebab lekat pun takpa, nanti kuih2 tu tertanggal sendiri.

Sumber:  http://ourlovestory-7777.blogspot.com/2010/06/penyediaan-dan-pengendalian-frozen.html

Wednesday, June 18, 2014

PUDING TRIFFLE

 




 BAHAN A

Swiss Roll secukupnya 
Air jus koktail 

BAHAN B

 (Kastad)

1 cawan tpg kastad 
½ cawan gula
1 tin susu cair 
1 tin air (sukat tin susu)

 BAHAN C

(Agar2)

Guna Kristal jelly atau agar2 serbuk Masak ikut arahan je…. 

BAHAN D

1 tin koktail buah-buahan (tos airnya – simpan air utk renjis di kek) 

CARA2NYA:

1. Potong Swiss Roll (anggaran 1 cm) dalam bekas (letak dalam bekas casserol cantik la boleh nampak lapisannya.) 

2. Renjis2 swiss roll dengan air jus koktail utk bg lembab. 

3. Masukkan semua bahan B dalam periuk kacau selalu sampai pekat (api slow je)…bila Nampak adunantu meletup2 kecil tutup api dan biarkan sejuk. 

4. Masak agar2 ikut arahan dan curahkan ke atas lapisan kastad tadi…biar sejuk dan masukkan ke dalam peti ais.

Terima kasih kepada anaknda Nor Asiah Yeob Ali - Perlis Indra Kayangan yang sudi berkongsi resipi ini dengan saya.

BISKUT CAPPUCINO SLICE








Resepi ni boleh diambil dari blog Kak Wan@Resepi Citarasawan
Kalau nak mudah boleh tengok step by step dari blog Kak Wan tu yer…klik di SINI…QH tak dapat nak sediakan…sebab masa tak mengizinkan…untuk resepi ni jugak QH ikut saje macam mane cara Kak Wan keseluruhannya…pertama kali membuat biskut dengan cara ni jadi tak berani la nak diolah ape2…hihihi…agak mudah jugak buat biskut ni dan tak payah susah2 untuk menerap bagai tu…senang menggunakan loyang cutter tu…sekejap je dah boleh dapat dalam 60 biji kukis ni…hihihi…
Ok la jom tengok resepinye…pada Kak Wan…QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada akak sebab sudi berkongsi resepi biskut2 raya ni yang sedap2 dan mudah jugak untuk QH cuba…jika ade yang terlebih atau terkurang tu harap dimaafkan yer kak…QH mohon untuk memanjangkan pula resepi ni di sini yer…selamat mencuba semua…


BISKUT CAPPUCINO SLICE
Bahan A
210gm mentega
100gm gula perang
1 sudu teh cappuccino emulco
Bahan B (di ayak bersama)
250gm tepung gandum
90gm tepung jagung
50gm susu tepung
60gm serbuk kacang tanah
Topping coklat
230gm coklat masakan
10gm cocoa butter
(dicairkan secara double boiler)
Hiasan : Jumbo Heart, Croquant
Loyang 10’ x 10’ x 2 dengan cutter – Cara Memasang Cutter
Caranya
1.     Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B, uli hingga menjadi doh yang lembut.
2.  Alas loyang 10x10 dan alas dengan kertas minyak, biarkan lebihan kertas 1” keluar dari loyang.
3.   Ambil doh seberat 600gm dan canaikan doh ke dalam acuan dan ratakan. Masukkan pemotong (cutter) dan tekan padat ke dasar loyang. Cucuk permukaan doh dengan garpu.
4.  Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140C selama 40 minit atau sampai kekuningan.
5.   Setelah biskut sejuk bukakan cutter dan tuangkan coklat masakan hitam yang dicairkan, ratakan.
6.   Letakkan kembali cutter ke tempat asalnya berpandu kepada jalurannya (jika nak buat marble, lakukan ketika coklat masih cair baru diletakkan cutter).
7.   Masukkan balik cutter ke dalam loyang, letak jumbo heart dan croquant dan biar coklat membeku.
8.   Setelah coklat beku bolehlah dibuka cutter.


Sumber: Qasey Honey
http://qaseyhoney.blogspot.com/2012/08/biskut-cappucino-slice.html

MELTY CHEESY





Dessert ini adalah hasil sumbangan dari kawan kakak yang sekarang ini menetap di Brunei Darussalam, Norisah Awang yang juga menjadi pengusaha biskut terkenal di negara itu. Terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi dessert ini.

Bahan-Bahannya:

BAHAN A

250gm Cream Cheese Philadelphia atau jenama Tatura
250gm Cremier Nestle
150gm susu pekat manis
50gm susu cair

BAHAN B

Bahan lapis: biskut atau kek span
Cheddar Cheese diparut
Buah koktel jika suka

Caranya:

Masukkan cream cheese, cremier nestle, susu pekat dan susu cair ke dalam mixer dan pukul hingga kembang dan sebati.

Dalam bekas atau gelas, susun biskut atau kek span kemudian tuangkan sedikit BAHAN A, kemudian letakkan buah koktel jika suka dan susun lagi dgn lapisan kek atau biskut dan tuang lagi BAHAN A.

Kemudian hiaskan atasnya dengan parutan cheese.


Boleh buat pilihan  samada kek span atau swiss roll


Cream cheese jenama Kraft Philadelphia atau Tatura

Cheddar Cheese 



Biskut Marie atau jenis krim kraker




Tuesday, June 17, 2014

TRIFFLE LAICI ISTIMEWA




MyKitchen Recipe

TRIFFLE LAICI ISTIMEWA
Resepi diadaptasi daripada resepi TRIFFLE ISTIMEWA MAT GEBU
by: CMG

BAHAN KEK SPONGE
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
Bahagian yg ini ita tak buat ita guna kek coklat

BAHAN KASTARD
200 ml susu sejat
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air - ita campur sedikt air laici
1/2 camca teh strawberry emulco - ita guna laici esen
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya - ita tukar laici
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi - ita guna jus laici

UNTUK SPONGE CAKE 
Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.

UNTUK KASTARD 
Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.

UNTUK JELLY 
Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

UNTUK TRIFFLE 
Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..



Nota: Saya beli kek sponge atau swiss roll yang telah siap di kedai bakery atau di pasar raya.






HOMEMADE CHAR KUEY TEOW PASTE






Bahan Paste

  • 200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! ) 
  • 250 ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk-ada yg suggest mesin/tumbuk lumat
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat - tak der so cikgu tambahkan sukatan kicap manis
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis– cikgu guna kiub pati ikan bilis sbb petis tak der
  • 2 sudu kecil garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan 1 sudu )
  • 1 sudu makan gula-cikgu sesuaikan dengan sedap mulut. 
*** tangan cikgu gatal pi tambah sos tomato cikiiiitttt jer. Korang rasala dulu paste tu. dah agak2 ok dengan selera,insyaAllah sedap la tu. 

Cara penyediaan untuk paste
1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.
2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.
3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam petisejuk supaya tahan lama.
*** Paste ni seelok2nya sediakan lebih awal sebelum nak goreng char kuew teow. Katanya lagi sodapp la kalau sediakan awal2 dari masak waktu nak goreng char kuey teow tu.
*** sukatan untuk resepi ni cikgu guna untuk 2 orang makan. Ada baki dan cikgu masak pulak untuk esoknya. Kiranya boleh masak untuk  lebih kurang 4 orang la kalau ikut kepekatan yg cikgu buat nila.
*** Paste yg cikgu buat ni pekatnya lebih kurang macam sos tiram yg tak simpan dalam peti . Ada yg cikgu tengok tu pastenya tak berapa pekat dan tak cair. terpulang la suka yg mana. Kalau cikgu suka yg pekat skit. Sebab nanti dalam resepi goreng kuey teow tu ada nak masukkan air cikit. Tapi kalau buat banyak untuk simpan dalam peti, rasanya jgn buat terlalu pekat kot. Biasanya kalau simpan dalam peti, sos akan lebih pekat kan. Wallahua'lam.

Untuk nak goreng kuey teow dan tips-tipsnya sila klik SINI
 
 
Sumber:  http://arenis.blogspot.com/2013/01/homemade-pastesos-char-kuey-teow.html

Monday, June 16, 2014

FISH FILLET SEAWEED BREAD ROLLS













Bahan-Bahannya:



Figo Kepingan Ikan Tauhu - Goreng dan belah dua
Roti Sandwich - diporong tepinya
Seaweed
Keju cheddar
Breadcrumbs secukup kegunaan
Telur _ d pukul
Minyak untuk mengoreng


Cara-Caranya:

  1. Ambil sekeping roti.. Gelek dengan kayu pengelek sehingga nipis.
  2. Lapiskan dengan sekeping seaweed, kepingan ikan, keju dan gulung dengan kemas.
  3. Celup roti ke dalam telur dan saluti dengan breadcrumbs.
  4. Goreng d dalam minyak yang dalam.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Makan bersama cicah kegemaran masing²
  7. Dah siap! Ringkas kan... :)


Sumber: Sky Blue's Kitchen
http://skybluemelleymey.blogspot.com/2011/03/fish-fillet-seaweed-bread-rolls.html

Thursday, June 12, 2014

TELUR KUKUS CENDAWAN AYAM

mmm


 BAHAN-BAHANYA:
 
A

3 biji telur _ d pukul ringan dengan garpu

50 gm daging ayam kisar

2 keping cendawan shitake kering _ d rendam dalam air panas dan d hiris nipis

1/2 tsp perencah pati ayam Tumix

100 ml air suam

Sedikit serbuk lada hitam
 
Garam secukup rasa


B

2 tbsp udang kering _ d rendam dalam air panas dan d tumbuk kasar

1/4 tsp serbuk cili

Sedikit minyak zaitun


C

4 ulas bawang putih _ d cincang

2 tsp kicap cair Loon Kee

1 1/2 - 2 tsp gula


Hiasan

Daun bawang

Cili merah cincang



SOSEJ DAN AYAM GULUNG







Bahan-Bahannya:

1 bungkus Ayamas Chicken Meatloaf ( 7 keping ) _ d potong 2
7 batang sausage _ d potong 2
14 keping roti gardenia Breakthru _ d potong tepinya
7 keping kulit popia _ d potong 2
Breadcrumbs secukup kegunaan
2 biji telur _ d pukul 
Minyak untuk mengoreng


Cara-Caranya:

  1. Ambil sekeping roti... Gelek roti dengan kayu pengelek hingga nipis.
  2. Lapiskan dengan chicken meatloaf.
  3. Kemudian lapis lagi d atasnya dengan kulit popia dan seterusnya sausage.
  4. Gulung dengan kemas.
  5. Celup d dalam telur dan salut dengan breadcrumbs.
  6. Goreng d dalam minyak banyak.
  7. Hidang dengan sos cili atau sos tomato.







Sumber: Sky Blue's Kitchen
 http://skybluemelleymey.blogspot.com/2011/02/sausage-dan-ayam-gulung-ucapan-moga.html

PEANUT BUTTER CUPS


How to make Homemade Peanut butter cups!


Bahan-Bahannya:
1 cawan Penut Butter
3/4 Gula halus (diayak)
1/2 Sudu teh esen vanila
1/2 Sudu teh garam
16 auns cokelat masak




 
Bubuhkan Peanut Butter dalam mangkuk

Masukkan 3/4 gula halus yang sudah diayak

Masukkan 1/2 sudu teh esen vanila
dan 1/2 sudu teh garam

 Gaul bahan-bahan dengan garfu hingga sebati. Kemudain masukkan dalam peti 
sejuk sehingga sedia untuk digunakan

Cairkan cokelat masak dengan kaedah double boiler

Kacau cokelat sehingga cair dan halus

Masukkan cokelat masak yang telah cair ke dalam
cawan kertas  untuk membuat 'mangkuk'

masukkan 'mangkuk' cokelat tadi ke dalam peti sejuk sehingga keras

Bulat-bulatkan Penut Butter yang telah disejukkan dalam peti ais
sehingga menjadi bebola
 Masukkan bebola Penut Butter ke dalam 'mangkuk' cokelat


Tuang cokelat ke dalam  'mangkuk' cokelat yang berisi bebola Penut Butter.
Ketuk-ketukkan dulang pembakar untuk menghilangkan buih-buih yang
terhasil semasa cokelat dituangkan.
Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit

Enjoy!!
Sumber:  http://bubblecrumb.blogspot.com/2011/06/how-to-make-homemade-reeces-peanut.html

UDANG GORENG BUTTER







Udang Goreng Butter/Buttered Prawn 
Oleh: Azie Kitchen

Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 


Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 



Udang:
12 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.




Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.




Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann